Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Ahad, 29 Disember 2013

Kau ajnabi aku

"Bak sini tangan ko"-Dash
"Eh, ko nak buat apa?-Am
Tomboy tarik tgn laki tu dgn kuat.
Am gelabah then terus tarik balik.
"Eh, ko ni kenapa?"
"Err...maaf lah, aku ni tak biasa bersentuhan dengan perempuan"
"Eh? Aku?" Marah sebab dia pikir dia bukan perempuan.
"Lah, ko kan perempuan. Bukan laki. Beb, sorry la, even ko pakai mcm laki ke ape, you still a girl"
"Owh, ok fine! Habis ngan mak ko takkan x tak pernah pegang kot"
"Beb, tu lain la..ko tau tak beza ajnabi and bukan ajnabi?" Tambah lagi. "Ni aku rasa nak kene sekolahkan ko balik ni. Haish"
"Hoi2, aku sepakkang. Mcm la aku ni tak tahu pape. Tapi, ape mende ajnabi and bukan ajnabi tu? Eheheh"
"Sah ko ni nak kene msuk sekolah kafa balik" terangkan, "ajnabi tu dalam bahasa arab. Dalam bahasa melayunya maksud dia asing. Dalam islam, ajnabi tu maksud dia orang2 yang bukan keluarga dia ataupun yang boleh dikahwini. So, bila asing, tak boleh sentuh2 ni."
"Owh, kalau macam tu sampai bila bila la kita tak leh bersentuhan? Even aku tukar jantina jadi jantan?"
"Woi! Ko buang tebiat ke nak tukar jantina nak jadi jantan???!!"
"Ahaha...gurau ja beb, dont be serious sgt." Gelak. Sambung lagi "kalau macam tu, ada tak cara nak buat kita y ajnabi ni jadi tak ajnabi?"
"Err..jawabnya, ko kene kawen ngan aku lah. Baru boleh sentuh2 ni"
"Oitt!!! Melayang jugak nanti flying kick aku ni kang."
"Haha...gurau jelah beb, cakap dont be serious sgt. Kang ak dah bagi balik. Haha"
"Citt...tau lah. Lagi pun mana la ko nak kan orang macam aku ni. Kasar. Tomboy. Macam jantan. Mesti ko nak yang ayu, jalan terkepit kepit macam minah jepun tu."
"Hah pandai pun". Ejek. "So lepas ni kalau ko nak goda aku, tu, tgk mcm gadis kat situ tu."  Sambil tunjuk gadis ayu y tak kurang sopannya dengan baju kurung. "Ha, pakai macam tu, then jalanlah la mcm minah jepun. Kompem aku tergoda. Haha" ketawa Am pecah.
"Woiii! Ni nganjing namanya ni!". "Takde masa aku nak goda ko. Buang masa je" gumamnya sendri.
"Hah lupa, one more thing. Jangan lupa pakai tudung. Baru lah nmpak perempuan kat situ."
" Erk, ni dah nganjing habis ni" ketawa Am tak hilang lagi, "blah ah kau. Aku nak balik. Petang2 macam ni tak elok anak dara macam aku ni lepak dengan laki bukan ajnabi macam ko ni" sambil bangun melangkah pulang.
"Woii! Chillah!" Ingatkan luar keras dalamnya pun keras, tp dah mcm roti perancis. Luar keras dalam lembut. Ahaha.

Ahad, 15 Disember 2013

Alam semula jadi

Heyp! Assalamualaikum guys.
Just wanna share my weekend activities. Hehe.
Hari ni just jalan2 masuk hutan je. Actually takde lah hutan sangat. But it was awesome! Even hutan kecil je, then ada tasik, perghh..lawa siot!
I never expected ada tempat macam tu kat kawasan aku ni. Well, sekarang ni kan aku stay kat kawasan bandar, so, memang tak terfikir la ada lagi kawasan yang tenang macam ni.
Ok sambung,
Jalan punya jalan tadi. I just walk enjoying the scene, sebab teruja sangat. I found there are sooo many dragonfly. Wallaweh! So, ape lagi? Snap lah. Jinak pulak tuh. Hahaha.
There're some picts:

So, how was yours? Hope you enjoyed yours! ;)

Limited Edition

Edisi aku adalah limited edition,
Tak bisa di beli dengan harga yang murah,
Tak bisa di beli di kedai kedai berhampiran,
Tak bisa di miliki semua orang,
Tak bisa di lepaskan begitu sahaja,
Kerna aku mahal,
Kerna aku hanya untuk seorang pemilik,
Pemilikan ku tak bisa di tukar ganti begitu sahaja.
Kerna aku limited edition.

~khasyaf1312~

Selasa, 10 Disember 2013

Sticky note.

Hi! It's 4am and am still here! :P
Guess what, I think I wanna write something. Urmm...be a writer, write a story. But, what story huh? In english or bahasa? Erk.
Mix I guess. So all can read it.

WAITT!!
Do I got some reader here? Err...I don't think so. Coz I nver got any responds or feedback bout this blog.
But it's ok. I'm writing here just for fun. And I know there's someone who always waiting for my latest post. Just what you can read in the shoutbox. Erk. I know there's only few message there. If you wanna write something there, it's okay. It'll be alright. Haha.

So, see you next time! Hey, I'll always check the shoutbox for coming days! Any recommendations are allowed and I'll think for it.
Bye. Thank you! ;)

Isnin, 9 Disember 2013

Untuk dia

Ok hai, Assalamualaikum...
Now, tak boleh tidur. Maybe sebab dah terbiasa sangat tidur lewat sampai pukul 4 a.m. Kesian kan?
And, actually this few weeks rasa macam miss kat someone. :P. Buang tabiat kejap. Nampaknya aku dah kembali normal. Hah.

To her, aku ingat lagi, you asked me a question. "What do you like bout me?"
Erk, time tu aku can't give a word. Don't know why, maybe too much to say or ntah! But today I think I know what. Hah. And, I know now it's useless. Takde guna. Right? Tapi takpe, I still can say it.

Some of what do I like bout you:
1. Your voice. Erk? Haha. The serak basah maybe. Dari suara tu boleh rasa ad ketegasan dalam kelembutan.
2. You're so nice. Beautiful. Too beautiful for me I think. Tak selayaknya untuk orang macam aku. Kahkahkah. Aku lah hamba paling sedar diri agaknya. XP
3. You're brave. Well, engkau berani, even aku takut and geli dengan lipas tapi aku tengok engkau lek2 je pegang lipas. Hahaha. Wonderful girl! Solute skit. Haha.
4. Penyayang. Macam mana orang kata kalau nak tengok sikap penyayang seseorang tu, tengok cara dia bermain dengan kucing. Hah. Lemah lembut engkau layan kucing. Aku kagum. Most girls I saw them geli dengan kucing. But not you. Kalau ada kucing pun engkau akan panggil dia. Perghh. Boleh jadi bakal ibu mithali nih.

Ok, I think thats all. I hope kalau engkau baca post ni, puas hati lah tuk dengar jawapan yang engkau tuju tu tahun lepas.

AND!
One more question yang engkau tanya kat kawan engkau tu, kenapa aku tak sembang kencang dengan engkau macam dengan kawan kawan engkau yang lain tu. Ni jawapan dia, sebab aku jadi nervous kalau nak bercakap dengan engkau. Tak kira la as friend ke hape. Haha. Lawak. Tapi tu lah kenyataanya. Damn!

Ok dah, aku blah dulu. Assalamualaikum!

Selasa, 3 Disember 2013

"yesterday is a history, today is a gift, tomorrow is a mystery".

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih ada sini untuk mengisi kekosongan di blog ini. Maka, aku kira, para pembaca boleh lah ignore sahaja entry sebelum ini. Bila kita diberikan peluang, gunalah sebaiknya. Dan insyaAllah, doakanlah aku supaya mampu menggunakannya juga dengan sebaiknya. Lantas, jom kita pandang kehadapan, seek for new day. Bak kata orang, 
"yesterday is a history, today is a gift, tomorrow is a mystery".
Haa...oleh sebab "yesterday is a history" jom jadikan history tu sebagai pengajaran buat kita. Jangan mudah melatah. Yes..apa yang berlaku disebalik hari semalam mungkin ada hikmahnya. Mungkin ramai akan kata, usah ingat perkara lepas, malah, boleh pulak kata "benda dah lepas, usah dikenang". Hah, salah pemikiran ni. Benda yang lepas lah harus dikenang sebenarnya. Supaya kita tak ulang lagi perkara lalu. Para sejarawan pun ada kata,
"Siapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulanginya"- tak ingat sapa kata. hehe.

Soo..kalau tak mahu benda yang dah lepas berulang lagi, ingat lah. Haha. I mean, belajar lah dari kelemahan lepas. Jangan lupa, semua insan ada kelemahan, tiada siapa yang sempurna di dunia ni. 


"Today is a gift". Well, A GIFT. From who? Of course our Merciful, Allah s.w.t. Ecehh...dah tukar pakai english pulak? Haha. Terlebih eksaited pulak. Since it's a gift, we should appreciate it. Bersyukurlah kerana masih ada sini, masih diberi peluang untuk menikmati keindahan. Gunakan segala maklumat atau pengalaman yang kita dah dapat di masa lalu atau dengan kata lain, history untuk memperbaiki diri kita. Jika semalam, kita berjalan dan tanpa sedar kita terjatuh di dalam satu lubang, maka, hari ini jika kita melalui jalan yang sama, biarlah kita sedar, ada lubang yang sedang menunggu mangsa. Dan bila kita sedar, jangan lah biar diri ini terjatuh sekali lagi. Kalau jatuh juga, rasanya layaklah nak di panggil bodoh. Mungkin terlupa akan quote kat atas, lalu dia ulangi balik apa yang dah berlaku semalam.

When it come to mystery, you must know, you must face it. Erk. English lagi. Haha. Takpa lah. Kita pakai rojak, rojak buah. Sedap dimakan, enak rasanya. (>,<) . Ok, sambung,sambung..ahaha.. Bila ianya suatu misteri, kita kena lah explore. Jangan biar dia berlalu macam tu je. Teringat kat satu phrase ni, dia kata;
"Hari ini kita mencipta sejarah, hari esok kita membina masa depan"-tak ingat jugak siapa yang kata. hehe."

Haa...lebih kurang macam tu lah. So, nampak la function gift ni apa,kan? Kalau "semalam adalah sejarah", "hari ini adalah hadiah" maka "hari esok adalah masa depan". Kita perlukan hari ini untuk mencapai masa depan. Tak kira lah sama ada masa depan yang cerah atau pun gelap. Analoginya, hari ini kita berjaya dalam peperiksaan SPM, hari esok insyaAllah kita akan berjaya masuk Universiti, YEAA!!! Haha. Mudah bukan? Dan, tanpa mengingati sejarah, kita mungkin akan menyebabkan kita tersilap melorek jawapan yang salah untuk soalan sama buat kali kedua didalam peperiksaan. Hah, get it??? Easy right? Hehe.

Jadi (dah malas nak taip panjang panjang, :P) tanpa sejarah, siapalah kita, dan haruslah ingat, siapa diri kita hari ini untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang gemilang terbilang. Ecehhh,,buat ayat skematic pulak. Ayat esei bahasa melayu kah? Hahaha. Dan, one more thing, jangan lupa berusaha mencorak masa depan selagi hari ini masih ada. Anda mampu mengubahnya. 
"Renung-renungkan dan selamat beramal!"-Prof Izzi.


p/s: maaf, ayat macam formal sikit. haha. mood teringat kat exam bahasa melayu time spm dolu dolu..haha. any comment or suggestion, boleh la tulis kat kotak bawah ni. kat shoutbox kat tepi ni pun ok je. insyaAllah, akan sentiasa berlapang dada. ;)

Jumaat, 29 November 2013

Titipan Untuk yang ke 20 Tahun

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menitipkan cebisan kata kata di blog ni. Walaupun dah lama terbiar, namun tetap akan aku cari ruangan masa untuk menguntai kata di halaman ini. 
Alhamdulillah, hari ini sudah tiba kepada hari kelahiran aku yang ke 20 tahun. Ya, 20 tahun lahir ke dunia yang sementara ini. Mungkin masih boleh dikatakan baharu dan masih tidak cukup terlalu lama dek di usia 20 tahun, kebanyakan manusia masih lagi boleh dikatakan masih mentah. Dan mungkin baharu saja ingin melengkapkan zaman remaja. Tiada lagi istilah awal remaja. Mungkin juga istilah remaja semakin terasa tidak sesuai. Dengan mengantikan angka 1 kepada angka 2, mungkin sudah boleh diklasifikasikan sebagai dewasa.

Ya, 20 tahun itu menjadi gerbang pintu kearah kedewasaan dan kematangan. Namun, tidak semua mencapai kematangan itu diusia 20, ada yang ketika berbelasan tahun lagi, dan ada juga dengan angka yang lebih besar daripada angka 2 dihadapan baru ingin mencapai kematangan. 
Namun disini tujuan aku menitipkan kata bukan ingin mempersoalkan sudah matangkah aku dengan hari ini, yang membawa aku pada angka ke 20. Tujuan aku disini adalah kerana aku terasa ingin menitipkan sebuah wasiat. Bukan kerna aku tahu aku akan pergi dalam masa terdekat, namun, kerna aku tahu, mati itu pasti.
Seandainya aku tidak sempat bertemu kalian di masa akan datang, dengan rendah dirinya, disini aku ingin memohon sejuta kemaaf diatas segala kekhilafanku yang lalu, yang telah menyakiti hati setiap insan yang telah kukenali, dan juga rakan yang masih tidak aku temui. Dan terima kasih yang tidak terhingga juga aku ingin ucapkan kerana sudi menjadi peneman hidupku, mewarnai dengan pelbagai corak kehidupanku dengan indah kepada semua sahabat yang pernah mengenaliku. 

Mungkin masih awal untuk aku mengukir kata sebegini, namun, siapalah aku yang sebenarnya ingin katakan awal atau terlambat?
Namun, pelbagai peristiwa telah berlaku dalam hidupku dan telah menghentakkan mindaku. Pelbagai persoalan timbul dibenak fikiranku. Sudah tibakah masanya? Adakah ini peluang untukku? Adakah aku telah bersedia? Adakah masih belum tiba masanya?
Sejujurnya, peristiwa yang terbaru, yang masih kukuh diingatanku iaitu ketika di Pantai Teluk Kemang pada 23 November 2013 yang lalu sememangnya suatu peristiwa yang mungkin memadamkan aku dari dunia ini. 
Petang itu, aku berjalan seorang diri ketengah lautan yang luas. Dengan minda yang masih mentah, sedar yang diri ini masih lagi mengengsot dalam dunia renang. Aku cuba untuk mengapungkan diri di Laut Selat Melaka yang sudah mencapai paras dada ku. Hasil daya tolakan ombak yang aktif menarik pepasir, aku terasa tiada lagi bumi untuk kaki ini mencecah. Rasa panik mula menjengah difikiran aku. Namun, kerana panik, aku pernah lemas. Maka, bukan untuk kali ini. Bukan di lautan yang luas ini. Aku cuba mengayuh, menghayun ke pantai. Cuba dan tidak mengalah walaupun tidak pandai. Sesekali, kejang terasa di jari jari kakiku. Sakitnya. Namun, terfikir akan keluarga, ibu yang sering merisaukan diriku. Aku lantas bangkit. Berjuang untuk mempertahankan nyawa sendiri. Alhamdulillah, aku masih disini, bercerita akan kejadian yang bakal meragut nyawaku. Ini lah dikatakan peluang. Ya, Allah masih lagi memberikan peluang untukku terus berjalan dibuminya. Namun, sampai bila? Padaku, ianya seperti seakan akan sudah tiba masanya. Wallahu'alam.

Oleh itu, disini, selagi aku mampu meneruskan coretan kata, akan aku usahakan walaupun dalam mengambil masa yang agak lama. Kerana, andai aku tiada lagi, biarlah halaman ini yang menjadi penganti ku. Menjadi penutur kata yang selama ini aku pendamkan. Maafakan aku andai tersilap kata, tersalah budi bicara. Terima kasih.
25 November 2013 || Isnin
p/s: ditulis lebih awal, supaya dapat mengganti diri yang mungkin hilang pergi menjauh. andainya tiada lagi pos selepas ini, maka izinkanlah hamba mengundur diri. 


Selasa, 18 Jun 2013

Study Week oh Study Week... -_-"

Heya heya,
Assalamualaikum...

 <-------Masih lagi dalam #StudyWeek! pfftt... huhuhu

Penat lah..ni pun aku mencelah waktu study aku kat library. Ada 3 paper lagi yang perlu dilangsaikan minggu depan. Pergh!  Sakit betul!

Analytical Chemistry

    Physic
    Biostatistic

Arghhh!!! Lambatnya nak abis exam ni! Huhu. Tapi nasib baik jugak dia bagi gap panjang gila. 1 MINGGU beb! 1 MINGGU tuk ulangkaji 3 subjek tu semua. Kalau tak, rasa macam nak  je kat dinding! Huhu. And, biasanya kalau gap panjang macam ni ramai je student balik. Yang duk kat pantai timur tu pun ramai je balik. Tapi, aku tak la. I have to study. Huhu.

Dah la 13 June hari tu keluar cita Man Of Steel kat pawagam. Argghhh!!! Nak tengok, tapi takpe lah, sabor je lah jang oi. Minggu depan, habis exam, tunggu la. Kita poie serang panggung tu ramai ramai. Harap ada lagi la movie Man Of Steel tu. Huhu. Kalau ada yang sudi nak teman kan aku pi tengok Man Of Steel, jom! Minggu depan kita pi naa..Heh.

Eh, takpe lah, nak kena sambung study dulu. Terpaksa limitkan masa tuk benda lain selain daripada study. Huhu. Ok, bye!

Sabtu, 15 Jun 2013

Cinta Siapa yang Lebih Utama ???

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dapat jugak curi sedikit masa tuk menulis kat sini even ditengah tengah dilema study week ni..huuu...setakat ni baru 2 paper langsai...tinggal 3 paper je lagi. Isnin, Selasa, dan Rabu, minggu depan satu lagi. Minggu ni whole study week a.k.a cuti! hahaha. Takde lah..study la, mana ada cuti. Kalau cuti pun maybe kat library la jawabnye. Huhu. Hari tu, demi paper Organic Chemistry, dari pagi sampai la ke malam, aku duk bertapa je kat library tu. Sampai skip lunch. Nasib baik malam tu kluar makan, kalau tak, mau pengsan aku dalam library yang penuh ngan aircond tuh. Dah la esoknya tu exam paper organic..tu la kan, sapa suh study last minute. Huhu. And disebabkan ad lagi yang tak berapa nak faham, terpaksa la burn the midnight candle. Sampai 3 pagi kowt!  Stress gila rasa... Esoknya, bangun2, pukul 6 pulak...sambung lagi. Aiyyakkk! Bajet rajin! Last2, bila masuk exam organic tu, tetiba blurr..bukan apa, rasa macam nak pitam ja. Haish. Perut lapaq + tak cukup tiduq... memang rasa macam nak pitam la. Berpinar je mata ni. Tapi, sebab exam, tahan la..2 jam 30 minit je pun. Dalam hati kata, " perut, sabar ye..2 jam ja..abis exam kita pi makan" . Tahan je la, kejap kejap, kalau tak tahan tu, rasa dah pusing sangat, zikir, tu ja makanan aku time dalam hall. Huhu. Eh, terpanjang pulak. Bukan ni niat asal aku post entry ni sebenarnya. Hahaha.

Actually, merujuk tajuk diatas, aku nak kongsi sikit pasal satu post kat fb. Sesuai dirasakan tuk di share. Cerita kat atas tu mukaddimah je. Hehe. Kat bawah ni ak copy post dari sebuah group, USRAH kat fb,

Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samada kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.

"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan"

Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulu sdaripada ahlinya sendiri.Siapakah yg lebih layak melakukan kerja2 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja yg diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan2 kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah

Masa remaja seharusnya digunakan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya, membina iman setinggi-tingginya, memasak Taqwa sedalam-dalamnya..bukannya masa ini dihabiskan dengan angan2 cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.

"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yg diabaikan"

Fahamilah perkara keutamaan & sampingan.Yang mana perlu didahulukan & yang mana perlu dikemudiankan.Agar nanti masa & usaha kita tidak menjadi sia2..Mencari cinta manusia itu bukan keutamaan jika dibandingkan dengan mencari Cinta Ilahi.Apalah gunanya jika rusuk yg hilang ditemui, tetapi rusuk pengislahan masyarakat itu diabaikan.Bersikap adillah antara keduanya.

Alhamdulillah, harap faham lah perkongsian saudara kita tu. Sedar bahawa cinta siapa yang kita cari sebenarnya. Yang mana yang utama? Kalau tak faham, boleh tanya, jangan malu, insyaAllah aku cuba sedaya upaya. Hehe. And, kalau ada siapa2 yang berminat nak join group USRAH ni, bleh la klik kat word USRAH ni. InsyaAllah, banyak manfaat yang kita boleh dapat.

InsyaAllah, setakat ni lah dulu, mata pun ngantuk. And, esok kena sambung study, ntah pukul berapa baru boleh start study.. Btw, wish me luck okayh for more 3 payper! Huhu.


Isnin, 3 Jun 2013

Cuka dan Acetic Acid ???

Heya heya...

Ehhh...anda berada di blog yang betul !!! Eheh...Jangan risau. Walaupun sebelum ni kita biasa guna cuka untuk masakan, tak salah kalau kali ni kita guna acetic acid pulak. Sebab, cuka dan acetic acid merupakan benda yang sama. Macam jugak blog ni, dulu Hidup . Aku . Dia . Segalanya, tapi kali ini Le Pieces de Vie. Content nye sama. Nama saja tukar. Kenapa? Angin baru mungkin. Masih lagi mengekalkan kehidupan kerana apa yang aku tulis disini merupakan apa yang berlaku dalam hidupku. "Vie", perkataan Perancis yang membawa maksud kehidupan. "Pieces", macam biasa, cebisan. Kenapa bahasa Perancis? Saja suka suki. Mencari kelainan. Heh? Tak salah, kan? 

Awat background hang lagu tue? Hehe. Jawapan sama, saja suka suki, ubah angin. Haha. Lagipun background ni simple je. Putih, kosong, and ada pic a guy ja. Maybe ye lah, bertatu, tapi tak perlu lah ikut. Sekadar gambar hiasan. Tak salahkan? And, don't worry, aku tak ada niat langsung lah nak bertatu bagai macam dalam gambar tuh. Hehe.

About the song, siapa rasa tak suka, anda boleh la scroll sampai bawah sekali, then tekat button pause kat player tu. Tak nak cakap banyak. Heh. 

Ada komen apa lagi untuk improvement blog ni? Boleh la catitkan komen anda dibawah ruangan komen untuk entry ni. Sekian, harap maklum. Terima Kasih!!!  

Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi

Hi, Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, dapat lagi nak menconteng arang kat sini, eh, bukan menconteng arang, tapi menconteng ..... hurmmm... entah, apaapajelah! Hehe. Btw, maksud aku, still lagi la dapat mengisi blog ni. Jangan salah paham plak. Hihi. 

Ok, actually aku sekarang ni sepatutnya aku dah masuk "EXAM MODE" seperti mana yang telah diberitahu dalam entry sebelom ni. Tapi, entah la kenapa, spirit nak exam tu tak menusuk kalbu lagi. Perghh.. Study week ni dah macam "STUDY WEAK" plak. Alahai, kengkadang, risau jugak. Yela, ni dah sem 2, kalau jatuh result aku ni, abis la. Dah la carry mark pun tak memberangsangkan. Malu la den kalau dapat 2 pointer je. Huhu. 

By the way, lupakan masalah study tu dulu. Hehe. Sebelum aku menyerabutkan diri dengan buku, aku lagi suka enjoy myself dulu. Buat aktiviti lain yang penting bukan study. Whaahaha. Nampak tak? Tu la teknik aku belajar. Nak "release"kan tension dulu baru sambung belajar. So, apa aku buat? 

Nah, Pembantu Urussetia

MINGGU TAARUF PELAJAR TAMHIDI SESI 2013/2014

di Stadium Tertutup Nilai

malam bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
 Biasanya, minggu taaruf untuk pelajar yang baru masuk USIM akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai ni. Maklum la, USIM sendiri tak ada dewan besar lagi. Dewan konvokesyen USIM dalam proses pembinaan, so, segala aktiviti yang melibatkan ramai student biasanya akan dibuat di stadium ini lah. Aku sendiri pun berminggu taaruf di stadium ni. Kali ni hampir 1000 lebih pelajar tamhidi. Uh, btw, bagi yang tak tahu apa itu Program Tamhidi, program tamhidi merupakan program yang sama je macam matrikulasi dan asasi biasa, cuma, perkataan je lain. Tamhidi berasal dari perkataan arab yang bermaksud persediaan. Kira macam persediaan untuk masuk U la. And, program ini adalah under USIM sendiri. Lepasan Tamhidi ni kira akan diserap masuk USIM je la. And, satu lagi kelebihan tamhidi ni adalah, ada subjek bahasa arab. Kikiki. 

Ok, proceed..

Aktiviti gotong royong 
Ok, seperti biasa, gotong royong merupakan aktiviti wajib bagi setiap kali taaruf. Sama macam aku dulu, hari last taaruf akan diadakan aktiviti bergotong royong. Dan macam yang anda dapat lihat, tempat gotong royong ni adalah dekat tasik ni. Siap ad jeti lagi. Hehehe. Tasik ni terletak kat belakang fakulti ekonomi dan muamalat. Dulu kotor je, tapi lepas pelajar baru kena kerah tuk gotong royong kat sini setiap kali minggu taaruf, maka bersih la tasik ni. Dan, for your information, setiap kali konvokesyen akan diadakan pertandingan memancing di tasik ni. Pihak USIM akan lepaskan ikan keli, ikan haruan dan ikan-ikan yang lain di tasik ni. So, next time, kepada pemancing pemancing diluar sana tu, nanti konvokesyen USIM akan datang, meh la memancing kat sini. Hehe. 

persembahan Palapes USIM


Hah, tau kan apa itu PALAPES? Bagi yang tak tau, PALAPES merupakan satu badan beruniform under Angkatan Tentera Malaysia. Palapes merupakan singkatan bagi PAsukan LAtihan PEgawai Simpanan. Siapa yang join Palapes ni akan dapat elaun. Tapi kena tough la. Macam askar. Kena rajin poie kawad. 

Budak Skema! Haha.
Tu dia, pelajar baharu tamhidi sedang beratur ambil makanan. Tertarik pulak dengan yang pakai cermin mata tu. Hahaha. Skematik habis. Kalah den oiii! Aku pun boleh kira skema jugak la, tapi nampak gaya, dia lagi skema la dari aku. Rambut dia pun lawa. Heh? 

Sup Gear Box!!!
Yeahh...ini!! Sup Gear Box !!! Menu wajib bagi student baharu USIM ! Memang adat la kat sini, siapa masuk USIM tapi tak rasa gear box ni memang ruuuggiiii...Hehehe. Setiap kali taaruf, mesti ada! Jangan risau. Hah, ni lah kelebihan masuk USIM ni. Hahaha.


Ok, stop here. Next time pulak yer. Assalamualaikum.

Jumaat, 31 Mei 2013

Welcome back! =P

Heya guys..long time no see huh?
Hahaha..opsss..almost forget, Assalamualaikum.
Whoaa..almost forget that very important word huh? Not good, not good..(manglish..haha) What the heck! 
Remember this huh, when you wanna greet someone, YOU SHOULD USE "ASSALAMUALAIKUM" first! But not to non-muslim. WHY??? Because the meaning of this word is, "may ALLAH bless you" (tell me if i 'm wrong). Allah may not bless any people who makes Him angry or doesnt follow His order. Ok, btw, the purpose my entry for this time is not focus on the religious. I wont make any statement that could make us argue. So, I'm sorry if I did mistake. I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry!

So, what's the main purpose of this entry ???? o_O?
Hahaha...
Actually I just wanna tell y'all that I'm sorry . (again???) . Yes, again, because ignoring this blog for ages! Hehe. I'm really do not have much time to write this pieces everyday. My days are totally full with the assignments, presentations, experiments and etc. And, lastly, I got this time, at 5.30 a.m to write here. Huh! What a really cruel experience! But, it's okay, still calm. This's life. We live in this world not to have fun, but to find the bless from Him. So, be patience facing this life. The obstacle that His give us is one of the test for us because He want to see us, how much we believe on Him. 

While I'm writing this pieces, actually I've to complete my last assignment for this semester! Yehooo!! Now I only can see the home sweet home. Hang out with friends. Travels. Anymore! BUT! There's one more thing I need to face before back to my beloved home. FINAL EXAM!!!! Erghhh!!! 2 weeks more from now! Pray for me ya! Hehe. 

Ok, I think I should back to my assignment. The last one. Warghh. Haha. 
Assalamualaikum! >,<

Khamis, 14 Februari 2013

Dont Give Up !!!

Remember, 
Never give up when things don'T work out the way you like,
Even you have had worK with all of your energy, 
We can only plAn for our future but not create future,
Only Him can create our future, so, if you want things work out the way you like,
ASK FROM HIM.
InsyaAllah, He will...
But, not all will, He know when He should,
Maybe not now, but in future...

From me to me, from me to you all..
________________________________________________________________

lets rock for next sem!!!
行け,行け,行け,T.K.A!!! 
わたしわがんばって!!!ツ

~@tka2013:0042~


Sabtu, 9 Februari 2013

Kisah Lemon...nyummm!!!

pernah dengar buah lemon? dah pernah makan? tahu kebaikannya??

Bila sebut lemon,mesti saya teringat sabun axion lemon. :senyum: Bahasa melayunya lemon,Inggeris pun lemon,arabic limun,filipino limon,latin citrum,french citron....memang dekat2la..lemon and citrus.Lemon dikategorikan dalam buah-buahan citrus,selain daripada limau,oren,dan sebagainya.Lemon ni sangatlah popular,ada kat macam-macam produk dah sekarang,yang memberi haruman lemon.Bukan saja bau yang harum malah khasiat kesihatan pun tak kurangnya..Antara yang menarik tentang lemon boleh saya kongsi:-

Dari segi kesihatan/kecantikan

1-Boleh membantu mengurangkan berat badan jika diminum airnya.
2-Ada antioksida dan vitamin c untuk kesihatan kulit dan mencegah penyakit,dan lemon juga elok untuk sistem pencernaan.
3-Sebab sumber vitamin c,jadi membantu penyerapan zat besi (iron) jika diambil bersama.
4-Bekumur-kumur dengan lemon juga dapat menjaga kebersihan gigi,bau mulut,membunuh kuman.
5-Lemon ada bleaching effect,disebabkan kandungan asid yang tinggi.Jadi lemon boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan,terutamanya bahagian lutut,ketiak,dan sebagainya.Jika letak di bahagian dirambut dan dikeringkan bawah cahaya matahari,boleh memerangkan rambut atau bagi yang perang,boleh jadi blonde highlight..Macam manetu? senyumje.. Tapi jika rambut hitam bolehke?Boleh,tapi susah sikitla.. 

Boleh guna lemon untuk hilangkan kotoran degil pada pakaian (contohnya,saya pernah guna lemon untuk hilangkan karat pada pakaian)

6-Kulit lebih licin,cantik dan wangi lepas guna lemon.(Tapi dinasihatkan jangan guna lemon di muka dan dedahkan terus dekat cahaya matahari..)
7-Cuci muka dengan air lemon boleh mengurangkan freckles terutamanya,bintik2 hitam pada muka,kurangkan jerawat dan menjadikan wajah bersinar.
8-Disebabkan lemon boleh melicinkan dan menyinarkan,jadi elok juga disapu pada kuku untuk kuku yang cantik lagi bersinar.

Masakan
banyak rasanya,tapi antara yang saya tahu:-

1-Masak ayam lemon,kek lemon,sedapni ;senyum
2-Boleh buat pengganti cuka. (Ini tak tahu mana saya tahu atau reka,tapi saya pernah buat acar,gunakan lemon instead of cuka.Sebab masa tu kebetulan saya ada lemon,takde cuka.Bagus juga,asid semulajadi dan selaintu,lebih berkhasiat..cuma kena control sikit kuantitinya,sebab lemon kan memang masam -D
2-Lemon juice,tapi elokla ditambah gula.

Tips memilih buah lemon :pilih buah yang terasa berat dan agak keras kulitnya dan kulitnya juga warna kuning. (persoalannya,adake lemon yang berwarna lain??) :senyum:

wallahualam..

sumber dari halaqah.net


p/s: saya dah, anda? bila lagi??? :D

Isnin, 4 Februari 2013

Bagaikan Ditipu

Pandangan dari pelajar USIM rentetan program My Beautiful Malaysia.

(program beautiful malaysia 3-2-2013)



*kasihan dengan hampir 100 orang pelajar USIM yang hadir ke Program My Beautiful Malaysia Day yang dianjurkan kerajaan serentak seluruh negeri hari ini. USIM dipecahkan ke dua destinasi, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor.

indah khabar dari rupa. ingatkan program yang bertemakan cintakan alam sekitar di Malaysia, sebab antara aktiviti yang diwar-warkan adalah menanam pokok dan gotong-royong. rupanya disuap dengan hedonisme yang bertopengkan 'Beautiful Malaysia'.

di Johor hari ini, pelajar USIM dihiburkan dengan gelek dangdut yang ngeri . nyanyian, dan kemudian hujan turun hampir sepanjang hari. aktiviti yang diiklankan seolah-olah tiada. sama dengan apa yang berlaku di Port Dickson, saya sebagai pengiring pelajar KK1 ke sana turut merasa sedih dengan apa yang berlaku hari ini. kami seolah hilang punca ketika berada disana, hilang nilai-nilai Islam dan tiada pengisian yang memberi manfaat buat diri.

menyesal.

saya mendapat pengajaran yang amat besar hari ini, dan ianya akan menjadi pengalaman pahit buat saya.

satu lagi, saya takkan berkompromi lagi untuk program-program seumpama ini. walaupun kena cari pelajar, buat pengumuman, post di FB dan sebagainya. muktamad.

saya minta maaf bagi yang terasa dan yang terlibat hari ini. sekian.

#Muhammad Ubaydullah Khairuddin, pelajar USIM, JAKSA Kolej Kediaman 1 USIM


*Baru balik dari Kluang, Johor utk program ntah pape My Beautiful Malaysia... sgt2 terkejut apabila dihidangkan dgn persembahan dangdut oleh penyanyi mane ntah..siap turun ajak penonton gelek sekali.. Selain itu hadirin juga dihidangkan dgn muzik2 rock, oppa gangnam stail dan lagu2 jiwang..

Allahrobbi..mcm ni rupanya program anjuran KERAJAAN.. Aku tak abis pkir...mengucap panjang aku..malu bdk2 Usim yg pkai kopiah dan tudung labuh yg hadir skali.. Klu mcm ni la cara KERAJAAN nak tarik anak2 muda, hancur lebur abih la masa depan negara kita..makin berleluasa lah keruntuhan moral dan akhlak..

Dari pengalaman aku ni, aku bleh buat kesimpulan bhw org yg menyokong KERAJAAN ni adalah org yg jahil dan sememangnya tak mahukan Islam..jadi sia-sia la kita duk kempen Islam pd diorg.. Seriously aku menyesal join program ni..


#Nik Ahmad Mustaqim, pelajar USIM



hurm,,,,apa boleh buat, benda dah jadi, harap akan datang, kita prepare lebih awal...

OH My Beautiful Malaysia !

Hai, Assalamualaikum, hehehe...
Selamat pagi semua..and selamat bercuti ye bagi dak2 u. Hohoho. Tahukan 3 Februari 2013 hari tu ada program My Beautiful Malaysia yang dilancarkan oleh 1M4U, hah, meh sini aku nak cite pengalaman aku sepanjang program tu. Aku pun join gak program kesukarelawan tu. Yelah, nak timba pengalaman dalam aktiviti kesukarelawanan ni. So, bila ada maklumat aktiviti2 kesukarelawanan macam ni, memang berkobar kobar lah semangat aku. Hohoho. Jadi, aku join la.

Bermula dengan 2 Februari 2013 aku and ahli sukarelawan lain dari u aku bertolak pada pukul 9 malam. Yelah, sebab kami join program yang dekat Kluang, Johor. So, kena bertolak awal la, kang xsempat sampai lak. Setelah berapa jam sakit bontot duduk atas bas, akhirnya, kami berhenti rehat la kojap kat UiTM Segamat, Johor. Rehat-rehat laa..Time tu aku ingat mesti sunyi je UiTM ni, yelah, dah pkul 1 pagi lebih, mesti la dah tidur, tapi sangkaanku melesett..zzeettt! huhu. Meriah semacam je aku tengok UiTM malam tu, ada jualan yang masih dibukak, dah macam pasar malam dah. BIAQ BETOI!!!! Masuk-masuk kawasan kolej kediaman, mak ai...ni pukul 1 pagi ke 8 malam??? Kalau kat U aku, mesti dah senyap dah, klau bunyik pun, dari bilik, bukan kat luar bilik. Malas nak cakap la macam mana, lagi lagi bab pergaulan pelajar kat sana. And, aku paham la. So, disebabkan kitorang kena bertolak seawal jam 4 pagi ke Kluang, aku rasa macam x syiok la nak tidur. Kang susah plak nak bangun. Huhu. Makanya...hehehe...aku and de gang buat keputusan nak pi keluar jejalan explore UiTM Segamat tu, alang alang dah sampai, amek la peluang tu. Hehehe. Mula mula ingat nak pi jejalan kat gerai yang meriah tu je, tapi, malangnye dah tutup, so kitorng pi melencong la. Seluruh pelosok kami terjah! Hahaha. Kurang ajaq toi la..Dah la pi masuk kolej kediaman orang, buat muka selamba je..Haha. Student kat situ dah tengok pelik dah. Kikiki. Maaf lah ye. Tapi seriously, agak terkejut dengan aktiviti pelajar UiTM, agak bebas. Nasib baik tak kena culture shock. Tapi aku rasa, kalau aku masuk UiTM pun, maybe aku pun bleh jadi macam tu. Huhu,, >.<

Okelah, bila dah pukul 4 pagi, 3 Februari 2013, kitorang pun sambung perjalanan ke Kluang. Dan aku, tak tidur pun sepanjang malam tu. Rasa rugi plak tak tidur kat UiTM tu, katil dia empuk gila...selesa dowh..huhu. Terlepas kenikmatan tidur macam tu je. Huhu. Sampai kat masjid mana ntah, berenti semayang subuh sat. Sejuk!!! Dengan bayu pagi plus hujan plak tu. Grrr...Masuk dalam bas, econ pulakkk... -.-" . Nasib baik tak demam. Dengan suhu macam tu, ape laei,, tidoq laa! Huhuhu. 

Sesampai kat Kluang, ktorang trus pi berkumpul jap, then amek baju, yang kaler merah tu, macam dalam gambar tu, skali ngan topi. Agak excited la.. Disebabkan masih awal lagi, kitorang berkumpul la dulu. Sembang2 dulu depan pentas. Sambil tunggu tu, ada la dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan apa ntah. Nyanyi la. Lepas tu, tetiba, yang aku perasan, ada pulak sorang makcik ni, pi naik pentas. Dengan rambutnye yang dah macam Mee Sedaap pun ada, pakai baju ala2 gaun y sendat tanpa lengan, bercorak kulit Leopard, yang bisa menampakkan bahu sampai atas dada, lengan tu memang dah gerenti nampak la. And, nasib baik la dia pkai inner kaler itam, at least x nampak la kulit dia y berkedut kedut tu. Hahaha. Kemudian, dia pi nyanyi lagu dangdut, siap ngan gelek lagi. Cibai r...Geli dowh nengok. Lepas  tu pi jalan kat tengah tengah peserta sukarelawan, gelek kat situ, siap tarik budak plkn lagi. Budak plkn, ape lagi, layan laaaa...ish3. Maka bergelek lah mereka disitu. Then, ade plak sorang makcik masuk ngan anak barangkali, mak aih, nampak muka macam bapok, tapi aku x tahu lah. Diorang pi menari nari..gile sumpah geli!!! Grrr...Masa habis macam tu je. Then, bila VIP dah sampai, ada la plak persembahan joget selamat datang kukira, yang ni oke la skit. Sopan la skit. Yang pakai baju biru selendang kuning dalam gambar tu. Lepas tu, tetibe hujan, so, aku lari la p tempat teduh. Terhenti jap program. Aku kira, ni cara taknak bagi program ni terus berjalan dengan aktiviti yang kurang sopan laa..huhu. Then, aku dah mula start bosan, hilang semangat bila gegeli dah melanda diri aku. Hurrmm...dalam hujan plak tu, aku and de gang mula la mengorak langkah p melawat Kluang Mall. 

Amek kesempatan la...alang alang datang, dah dekat ngan Kluang Mall ni, nak la berkenalan ngan Kluang Mall skali. Takkan la nak kerling je...Hehe.. kat Kluang Mall, kitorang just pusing pusing je, as tempat berteduh dari hujan. Kerja gotong royong telah pun ditinggalkan. Amek kau, dah hilang dah niat asal..huhu. And kebetulan, kan dah dekat ngan Chinese New Year,, So semua dalam mall tu kaler merah merah je and, baju yang aku pakai pun merah je..Kakaka. Sesuai bona lah! Ape lagi, LIGHT! CAMERA! PEACEEE!!! Hahaha. Begitulah aku seadanya. Huahuahua. By the way, HAPPY CHINESE NEW YEAR ye kepada semua masyarakat yang berbangsa Cina!!! tak lupa juga kepada masyarakat kaum lain kat Malaysia ni, kitakan 1Malaysia!!! Hee...


Setelah, puas pusing pusing mall ni, kitorang pi la keluar, pi balik tempat berkumpul tadi. Berbekalkan voucher KFC yang kami dapat dari penajaan oleh KPT, kami pun pi la tebus. Kikiki. Terima kasih KPT!!!! Lepas tu, hujan lagi, tp hujan gerimis je la..tengah tengah berteduh tu, tetiba dengar pihak urusetia pasang lagu Gangnam Style, dengar ramai orang bersorak. Aku pun teruja la,,ada apa? Rupa rupanya, ad 4 orang makcik tengah berjoget tarian Gangnam Style..ish..sekali lagi kegelian melanda diri ini. Huhuhu. Kenapakah? Huhu. Tak lama lepas tu ada sesi cabutan bertuah. Pergh, hadiah dia gila gila kowtt...huhu..Ipad, IPhone, Samsung Galaxy dari W, S , Note dan semua adik beradik dia lah! Sumpah bertuah giler sapa yang dapat. Then ada lagi, tv Samsung HD skali ngan set DVD...puihh..andd...paling gempak, Motorsikal LC! Adoii...dalam hati ni berharap sangat tuk jadi antara orang2 yang bertuah. Satu demi satu nombor dicabut. Bila no aku ni??? Grr. Tetiba ada budak u aku dapat tv Samsung HD tu. Waaa..Sumpah bertuah! Kitorang yang lain bersorak kowt. Biarlah tak dapat pun, tapi, at least ade gak wakil dari u kitorang yang dapat. Hahaha. Then, masuk hadiah yang last skali, motorsikal tu, banyak no yang dipanggil tapi tuan dia dah takde. Dah balik dah kot. Aku pun berharap la no aku naik. Huhu. Tapi tak dapat. :( . Takpe lah, takde rezeki lah tu.  Then, tetiba ada satu no tu, ada tuan dia, intai intai le skit. WOW!!! Budak U aku lagi! Dah la hadiah paling SUPERB!!! Hohoho. Ape lagi, bersorak la kitorang!!! HAHAHA. Abis majlis, ramai ramai pi amek gambar kat motor tu. Hahaha. Rugi plak aku tak amek gambar tu pakai kamera phone aku. Huhuhu...Tapi memang sumpah bertuah la budak tu. JELES! >.<

Dah habis cabutan bertuah, maka habis lah majlis. Kitorang pun berkumpul jap, taking taking pictures then baliks. Huhu. Seronok walaupun ada peristiwa yang agak menggelikan and menyampahkan hati. -.- 

Huh, sebelum terlupa, kebetulan terjumpa satu video yang agak menyeramkan, nyanyian dangdut yang disertai dengan tarian gelek oleh sukarelawan. Huh...tempat lain, tapi aktiviti lebih kurang sama... Grr.. tak patot! Ni link dia ; 


Tonton la sendiri pengisian dia and, pikir lah menggunakan akal fikiran bersama iman dihati.
Wallahuallam.


Jumaat, 1 Februari 2013

I miss them ! :"(

Alhamdulillah, just done my writing task as the preparation for MUET (Malaysian University English Test) hohoho. So tired lorh. I haven't think for this task for ages. Usually, in university, I just need to make only one paragraph for my writing test, but today, I have to finish the essay with complete 5 paragraph which must in 350 words above! Argh!! Shitt! How I'm gonna to find the idea?? The point? Uhhh... Luckily this's just an assignment, not a test yet. Huhu. I don't know how it going to finish if it is in the test or exam? And, of course I notice that, I make soooo many grammatical error! Huh! Just look at this entry, surely you can notice it, if not, you're just same as me! Hahahaha. 

By the way, just now also my beloved mum just called me! Hewhewhew! ;D . Sooo happy lorrhhh...Hehehe. Why? Of course I'm so happy because I've not see her for a looonngggg time! Huhu. I couldn't escape from this shitt programme as I got band 2 in my last MUET. Huhu. This university needs their student to reach at least Band 3 to graduate. So, as the main step to avoid us from trap in this university forever is to reach Band 3! Huhu. Owh, back to our point, just about my mum. Before she called, I just remembered my late father. Then, I feel I really miss him, and , as I miss my father, I'm going to miss my mother who still besides me in this world. The tears comes, dropped from my eyes. I'm afraid that if  I couldn't see her for my last time, and I can, I won't it happen! Huhu. O Allah, please take care my mum. Also my father there..take him besides U. He always obedient to U. Avoid him from the fire of the hell. Huhu. And, as I missed my parent, I hope I can make a call with them. And, I believes to the power of Mother's instinct, so I waited my mum to call..Eh?? What the...??? Ishh3..Actually I should call her first. But, I stay wait and then, I GOT A CALL!!! Whoaa!! I's MY MUM!!! I KNEW IT!!! Subhanallah, He's sending my vibes to my mum.. Thank you Allah! :D

And to my father, if you can see me and can read this, although I know you couldn't understand the language, Allah is there, He can help you to read this. I hope you always happy besides HIM, wait for me there, and I'll always pray for u, insyaAllah. But, I'm sorry if because of me, the fire in the hell touched you. I'll try my best to improve myself to become a better Muslimeen...

Our prophet; Muhammad s.a.w says,
"...when the son of Adam dies, all the rewards for their practice will be stop except 3 things ; sadaqah , the useful knowledge and THE PRAYER FROM THE GOOD CHILDREN.."

p/s: I'm sorry if any the error occur in this entry. Thanks for reading. :))

Khamis, 31 Januari 2013

Sakit tapi Sabar lah...

Hai Assalamualaikum.. =)
Semalam terlepas nak post, tertidur (eleh, bajet, macam la ada orang nak baca sangat tulisan aku yang ntah apa apa ni..kan, kan, kan??) ..kuakuakua..dakpe lah, sape sudi bace sila lah bace, sape yang tak sudi, pun , xpe lah...main jauh jauh. Aku nak menulis kat sini pun saje je, just sebab aku ni suka bercerita segala pasal aku, and aku tahu, kawan kawan aku pun dah penat nak dengor tiap tiap hari, so, website ni la jadi mangsa aku. HAHAHA.
By the wey, semalam and hari ni aku rasa penat sangat. Sebab tu semalam aku tertidur awal, and, malam ni, aku dapat bertahan la sikit. Hehehe. It's just like the new life is begin! (eh, betul ke ayat aku ni? lantak lah, dah penat main ngan grammar td) Hehehe. Semalam, aku start main tennis. Kihkihkih. Sebelom ni skali je aku pernah pegang raket tennis, and this's second time..Hahaha..So tahu tahu lah. Terkejar kejar lah aku nak pukul bola tu. Puihh...letih gile siot. Then, abis sakit bahu aku ni duk menghayun raket tu. Pukul nye tak kena sangat pun. Haahaha. Tapi rasa macam puas hati la, well, dapat gak rasa game baru, even aku dah penah try main tennis time study kat matrik dulu. And, what I wonder, why must it happen every last day?. Maksud aku, masa kat matrik, hari hari sebelom exam and sebelom cuti la aku main mende alah ni, and this time, time cuti sem jugak la aku nak main. Ish ish ish. 

Step by step

Nah, even aku tak pandai main tennis, aku still lagi boleh main, take it step by step, tak pandai, blajar. Jangan tamak. :D

The Other Sides of Suffering

Memang susah tuk mulakan sesuatu yang diluar kebiasaan kita, dalam melakukan sesuatu yang baru, memang sakit. Tapi kita just kena lebih berusaha biarlah sakit, sebab disebalik kesakitan tu, kita akan dapat sesuatu yang kita usahakan. 

Oke lah, gotta go! See ya! ;)

p/s: gambar gambar yang jadi background tu adalah diambil di USIM ya..time aku main tennis. Hehehe. Promote USIM sket. Kekeke. 

Selasa, 29 Januari 2013

Ketagih Cinta ...? Hahaha.

Aduh, baru semalam call dia, then petang tadi dia punya boyfriend dah hantar mesej kat Facebook. Hahaha. Dah la main tuduh tuduh aku. Cakap aku nak ngorat awek dia la. Ish ish ish...geleng kepala. Hahaha. Ape boleh buat, dah rasa terganggu la tu. Hahaha. Whatever lah. Malas aku nak layan. Tau la makwe ko tu lawa, tapi agak la. Ingat dalam dunia ni ada sorang je yang lawa? Huh? BODOH! Aish, dah start la stress aku ni. Tadi duk chat ngan budak tu pun terketar ketar tangan nak menaip ni. Huh. Buat sakit hati je. Nasib baik aku ni jenis yang penyabar, bukan yang cepat hilang sabar, kalau tak aku dah call dah budak tu, maki maki. Eee... Astaghfirullah, tak mau aku. Mintak jauh la dari bergaduh sebab perempuan. Budak tu pun satu, aku pi sebar no dia kat fb kang baru tau...ade ke dia pi bagi no dia kat aku, dia ingat aku nak sangat no dia tu? -_-" . Hell lah! Hahaha. Lagi satu, gila gedik punya laki, haha, yang paling aku tak tahan, boleh dia mengaku terus terang tang tang, dia cakap perempuan tu sayang dia. Hahaha. Wallahuallam la, tapi biar sedar lah sikit, kome tu tak kawin lagi, ada batas batas nak saling sayang menyayangi. Sebab tu aku tak mau terlibat dalam proses bodoh ni. Hahaha. And lagi satu dia cakap budak perempuan tu baca apa yang aku tengah chat dengan dia. Hahaha. Bace lah, tak kesah pun, lagi bagus. At least, takyah dah aku susah susah nak kena cerita balik kat  budak perempuan tu kalau dia tahu. Lantak la. Let gone bygone, the future is coming. Ecehh...hahaha. Bukan ayat pasrah ea. Tu ayat tak nak amik kesah. 
Dah lah, esok aku dah start tuk English Language Support Programme (ELSP) plak. Belajar lebih baik dari bercinta. Lagipun awal lagi tuk aku. Enjoy da life la kan? Laki umur 30 pun still mantop lagi ! Hahaha. No need too rush, keep calm, the amazing adventure is waiting then! Hahaha. Time muda muda ni, kumpul duit dulu, biar ekonomi  stabil, enjoy da life, then, sampai masa baru kawin. Hehe. Bercinta? Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Bercinta dengan Allah dulu, lepas tu, Allah bagi la kat kita cinta yang sebenar." bukan cinta monyet! Hahaha. Eh, dah dah, terlebih sudah, gua chow dulu! Assalamualaikum! ^_^

Nah, sebahagian dari chat aku ngan budak ketagih cinta tu.  Hahaha.


Isnin, 28 Januari 2013

Kek Cawan Coklat !!! ^.^

Ahh...just finished calling her...really, i'm miss her voice, although before we always met but we never talk to each other... huhu.. ni semua sebab misunderstood . Huhu. Tapi we just friend and insyaAllah, stay be friend forever. Lama gila aku borak ngan dia...kikiki, well, dah kata lama tak borak, so mesti lah banyak perkara nak share, even, masa mula mula aku call dia tadi, ada sound "krik-krik" kejap. Haha. Tak tahu nak cakap apa. Then, lama lama jadi neutral balik. Hoho.
Dia cakap ada masalah ngan kawan kawan, ye lah, sapa takde masalah, bak kata Madame Sharifah Zohra, lembu, kambing bahkan ikan jerung pun ada masalahkan? Hahaha. Sambung sambung, then dia cakap kawan kawan dia nak ajak duduk satu rumah nanti masuk sem3, nak duk jauh jauh dari rakan lain, tp dia taknak, takut lambat pegi kelas. Sebab geng yang tu slalu pi lambat. So dalam hati ni ingat nak cakap je, "apa kata kita kawin, so, kita duk skali" hehe.. sebab aku pun tak suka jugak pi lambat lambat even sebelom ni aku memang pi lambat, tapi tu pun atas alasan yang sama ngan dia la, kawan aku suka pi lambat. Hurm..sama ja nasib kami. Kang kawin sama sama kang senang sikit. Kuikuikui. Gatai naa. Hahaha. 

Uh, by the way, hari ni terlaksana lah pulak projek aku. Haha. Memang aku ni ada bakat besar jugak lah dalam bidang masakn ni. Nah, KEK CAWAN COKLAT!!! HAHAHA (gelak riak) HAHAHA. 



Boleh tahan la rasa dia...ni first time aku try buat and alhamdulillah, jadi. Kikiki.
Nak try buat sendiri? Nah , klik disini tuk resepi.



Ni plak aiskrim yang aku baru buat malam ni. Haha. Saje, dah kat rumah akak aku ni ramai budak...so buat jela setakat yang mampu malam ni. At least, aku pun boleh makan jugak. Hehe. Lama tak makan aiskrim macam ni, susah nak cari kat bandar ni. Dulu aku slalu jugak la makan aiskrim asam tu. Best. Feveret kot! Haha.

Ok lah, got to go. Assalamualaikum. ^_^

Jumaat, 25 Januari 2013

Oh ALSP

Alhamdulillah, selesai sudah program #ALSP ... tinggal seminggu ja lagi tuk program #ELSP plak. Penat. Ish...dah la tadi kena buat #KalamJamaie . Malu dowh...terbolas abis! ceitt!!!! Btw, budak budak yang dapat band 3 #MUET untung laa, dah xyah kena #ELSP dah. So, diorang dah bleh balik la malam ni. -_-"
And, and, and...disebabkan itu, aku telah ditinggalkan keseoranga. Dia telah pergi. Huhu. Maka berlagu la lagu terbaru SALEEM tu...ntah tajuk apa tah, malas ah nak google. Yang ada "jauh kau pergi meninggalkan diriku...lalala~~" x ingt. Muahaha. Ingat nak turun jumpa dia dulu kat bawah tadi, tapi sebab kuat sangat layan fb, tetiba dia mesej, "tak sempat dah, dah naik kereta dah". Adoi!!! Huhuhu...takpe laa...insyaAllah, sem depan kita jumpa lagi ye "sayang". Opsss!!! Huhu..aku tak pernah guna perkataan tu sebelum ni kat orang lain, harap itu kali pertama and terakhir la tuk yang bukan mahram aku. Huhu. Tapi aku tak penah pun guna word tu direct kat dia.. Hehe. Tak boleh, tunggu lepas kawen dulu.. Hoho. Takpa lah, dah masuk isya', got to go. Hope dia selamat sampai umah. =)

Nah, ni time pertandingan #KalamJamaie  tadi...

Khamis, 24 Januari 2013

DOODLES oh DOODLES

Hye!!! Assalamualaikum minnasann!!! :D こんばんわ!!!ツ

Hehe, lama tak design blog, so malam ni saja puas. Mengisi masa lapang sat. Hohoho, padahal esok ada persembahan kalam jama'ie (choral speaking in arabic) , bukannya nak menghafal ke hape. Hahaha. Lantak la, aku bukan excited sangat pun nak join mende alah tu. Masuk ni pun sebab terpaksa. Wakaka. 
So, berbalik kepada asal, bout my new design, amacam? Nampak macam serabut x? hahaha. Saje je, actually aku pilih background yang berserabut serabai ni pun sebab ia adalah "DOODLES" dan aku suka "DOODLES". Kakaka.
Bila aku tengok background tu, aku teringat kenangan kat sekolah, kat meja aku mesti penuh. Hehe. Aku memang. Suka naa conteng conteng ni. Sampai sekarang pun still lagi ngan habits ni. Hahaha. Tapi dah conteng kat buku nota laa...dah besau, sedar dah tanggungjawab sebagai pelajar. Baru nak sedar -__-" . Hohoho.






Lagi pun, sebelum ni ada orang cakap students yang suka buat mende alah ni time cikgu mengajar or time dengaq lecture LAGI BAGUS dari students yang bagi fokus 100% !!! Wohoho. Why? Tak silap aku sebab orang yang suka menconteng contang ni, dia takde la mengantuk sangat, so, even tak bagi perhatian dengan baik, gelombang bunyi tu still dapat terjah ke dalam pelosok lubang telinga kita. Haa..tapi, yang duk fokus tu, dia akan cepat bosan dan cepat mengantuk, so, terawang awang la mereka dalam mimpi mereka. Wakaka.. Tapi tak tahu la betul ke tak, wallahuallam. Aku dengar fakta sal ni pun dah lama dah, kalau salah harap maaf la yerk. Hehe.. :D

Jumaat, 18 Januari 2013

Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel

Hai hai hai... Assalamualaikum w.b.t. =)
Hah, kalau dah baca tajuk mesti dah boleh agak an apa entri hari ni. Hehehe. 
Actually aku nak share skit lah aktiviti aku sempena cuti sem 1 ni. Hewhewhew. 
Hari aku stay umah akak aku di Negeri 9. Disebabkan takde aktiviti yang menarik, yelah, budak U ni cuti time orang lain kerja. So, nak jalankan aktiviti bersama orang lain susah lah. Jadi terdetiklah idea tuk buat #PudingGulaHangus a.k.a #PudingKaramel ni. =D

Mesti korang pelik an, kenapa aku mesti mention kan #PudingGulaHangus "a.k.a" #PudingKaramel. Hehe. Ni sebab ada yang kenal puding ni sebagai #PudingGulaHangus and ada jugak yang panggil #Puding Karamel. So, bagi mengelakkan kekeliruan, aku tulis lah kedua duanya... Hehe...Mula-mula agak ragu jugak la nak buat, ye lah, first time. Kang tak jadi kang membazir lak. Huhu. Tapi dengan nekad, terbuat jugak la puding yang suwitt ni. Hehehe. 

Aku mulakan dengan buat karamel dia dulu, yakni gula hangus dia tuh. First try, jadi sikit sangat and cepat sangat keras, tak cukup air kot. Huhu. Then aku buat lagi, ingatkan step yang first tu salah, sebab nampak gula tu jadi berketul ketul. So kali kedua, aku biarkan gula tu panas, tak kacau pun, last-last hangit terus. Huaaa!!! Kali ketiga buat lagi, panaskan gula and tak kacau, sama je...HANGIT! huhu.. Hitam jadinya. ='( Agak fed up gak la. Disebabkan aku ni lelaki and dah tiba masa tuk solat Jumaat, tinggal lah dulu, sambung lepas Jumaat.

Balik je dari Jumaat, semangat terus berkobar kobar nak buat puding. Hehe. Dengan sedikit pesanan dan nasihat dari kakak aku, berjayalah jugak buat karamel tu tanpa hangus dan cukup kuantitinya.. Muehehehe. Lepas tu aku sambung je la buat puding pulak. Tadi karamel, ni puding pulak. Cara senang aku buat, campak je bahan-bahan ikut kuantiti dia lam blender then kisar. Hahaha. Lepas tu tapis masuk lam loyang yang dah diisi dengan karamel. =D

TADAAA !!!

Inginkan resepi??? Nah ;

Bahan-bahan :

8 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
7 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
7 sudu besar gula - untuk buat karamel

Cara-cara :

1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Kacau sehingga gula menjadi air dan keperangan. Then masukkan secawan air dan ratakan sehingga gula cair sebati dengan air. Lepas tu, sejukkan. Biarkan dia mengeras dalam loyang.
2. Masukkan telur, tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla kedalam satu bekas dan pukul sehingga sebati. ( bagi aku, senang blender je semua bahan tu, senang nak pastikan dia sebati. hehehe )
3. Tapis bahan-bahan yang dah sebati tadi masuk lam loyang yang ada karamel yang dah keras tadi. 
4. Kukus bahan dalam loyang tadi dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Tuk pastikan puding tu betul-betul masak, boleh cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat, alhamdulillah, dah masak lah tu. :D
5. Terbalikkan dan siap tuk dihidangkan. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu  didalam peti ais.

Senang bukan??? Hehehe.. Selamat mencuba! =D

p/s : anda boleh ubah kuantiti secara random, asal anda yakin dengan keputusan anda. :)




Kejap je puding aku ni habis. Petang buat, malam terus habis. Wakaka. Sedap sangat kowt. Hehehe.

Khamis, 17 Januari 2013

Miss Bawani Pencetus Kebangkitan Mahasiswa

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Wah, lama x update belog ni, dah berhabuk dah agaknya..hahaha...
Well, tetiba hari ni rasa macam terpanggil sikit lah tuk menaip dalam belog ni. Terasa nak meluahkan sekali pandangan sendiri dekat blog ni tentang isu yang tengah hangat di negara kita. Isu Miss Bawani and Madame  Sharifah Zohra Jabeen. 

Like Sikit ;)