Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Selasa, 18 Jun 2013

Study Week oh Study Week... -_-"

Heya heya,
Assalamualaikum...

 <-------Masih lagi dalam #StudyWeek! pfftt... huhuhu

Penat lah..ni pun aku mencelah waktu study aku kat library. Ada 3 paper lagi yang perlu dilangsaikan minggu depan. Pergh!  Sakit betul!

Analytical Chemistry

    Physic
    Biostatistic

Arghhh!!! Lambatnya nak abis exam ni! Huhu. Tapi nasib baik jugak dia bagi gap panjang gila. 1 MINGGU beb! 1 MINGGU tuk ulangkaji 3 subjek tu semua. Kalau tak, rasa macam nak  je kat dinding! Huhu. And, biasanya kalau gap panjang macam ni ramai je student balik. Yang duk kat pantai timur tu pun ramai je balik. Tapi, aku tak la. I have to study. Huhu.

Dah la 13 June hari tu keluar cita Man Of Steel kat pawagam. Argghhh!!! Nak tengok, tapi takpe lah, sabor je lah jang oi. Minggu depan, habis exam, tunggu la. Kita poie serang panggung tu ramai ramai. Harap ada lagi la movie Man Of Steel tu. Huhu. Kalau ada yang sudi nak teman kan aku pi tengok Man Of Steel, jom! Minggu depan kita pi naa..Heh.

Eh, takpe lah, nak kena sambung study dulu. Terpaksa limitkan masa tuk benda lain selain daripada study. Huhu. Ok, bye!

Sabtu, 15 Jun 2013

Cinta Siapa yang Lebih Utama ???

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dapat jugak curi sedikit masa tuk menulis kat sini even ditengah tengah dilema study week ni..huuu...setakat ni baru 2 paper langsai...tinggal 3 paper je lagi. Isnin, Selasa, dan Rabu, minggu depan satu lagi. Minggu ni whole study week a.k.a cuti! hahaha. Takde lah..study la, mana ada cuti. Kalau cuti pun maybe kat library la jawabnye. Huhu. Hari tu, demi paper Organic Chemistry, dari pagi sampai la ke malam, aku duk bertapa je kat library tu. Sampai skip lunch. Nasib baik malam tu kluar makan, kalau tak, mau pengsan aku dalam library yang penuh ngan aircond tuh. Dah la esoknya tu exam paper organic..tu la kan, sapa suh study last minute. Huhu. And disebabkan ad lagi yang tak berapa nak faham, terpaksa la burn the midnight candle. Sampai 3 pagi kowt!  Stress gila rasa... Esoknya, bangun2, pukul 6 pulak...sambung lagi. Aiyyakkk! Bajet rajin! Last2, bila masuk exam organic tu, tetiba blurr..bukan apa, rasa macam nak pitam ja. Haish. Perut lapaq + tak cukup tiduq... memang rasa macam nak pitam la. Berpinar je mata ni. Tapi, sebab exam, tahan la..2 jam 30 minit je pun. Dalam hati kata, " perut, sabar ye..2 jam ja..abis exam kita pi makan" . Tahan je la, kejap kejap, kalau tak tahan tu, rasa dah pusing sangat, zikir, tu ja makanan aku time dalam hall. Huhu. Eh, terpanjang pulak. Bukan ni niat asal aku post entry ni sebenarnya. Hahaha.

Actually, merujuk tajuk diatas, aku nak kongsi sikit pasal satu post kat fb. Sesuai dirasakan tuk di share. Cerita kat atas tu mukaddimah je. Hehe. Kat bawah ni ak copy post dari sebuah group, USRAH kat fb,

Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samada kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.

"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan"

Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulu sdaripada ahlinya sendiri.Siapakah yg lebih layak melakukan kerja2 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja yg diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan2 kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah

Masa remaja seharusnya digunakan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya, membina iman setinggi-tingginya, memasak Taqwa sedalam-dalamnya..bukannya masa ini dihabiskan dengan angan2 cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.

"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yg diabaikan"

Fahamilah perkara keutamaan & sampingan.Yang mana perlu didahulukan & yang mana perlu dikemudiankan.Agar nanti masa & usaha kita tidak menjadi sia2..Mencari cinta manusia itu bukan keutamaan jika dibandingkan dengan mencari Cinta Ilahi.Apalah gunanya jika rusuk yg hilang ditemui, tetapi rusuk pengislahan masyarakat itu diabaikan.Bersikap adillah antara keduanya.

Alhamdulillah, harap faham lah perkongsian saudara kita tu. Sedar bahawa cinta siapa yang kita cari sebenarnya. Yang mana yang utama? Kalau tak faham, boleh tanya, jangan malu, insyaAllah aku cuba sedaya upaya. Hehe. And, kalau ada siapa2 yang berminat nak join group USRAH ni, bleh la klik kat word USRAH ni. InsyaAllah, banyak manfaat yang kita boleh dapat.

InsyaAllah, setakat ni lah dulu, mata pun ngantuk. And, esok kena sambung study, ntah pukul berapa baru boleh start study.. Btw, wish me luck okayh for more 3 payper! Huhu.


Isnin, 3 Jun 2013

Cuka dan Acetic Acid ???

Heya heya...

Ehhh...anda berada di blog yang betul !!! Eheh...Jangan risau. Walaupun sebelum ni kita biasa guna cuka untuk masakan, tak salah kalau kali ni kita guna acetic acid pulak. Sebab, cuka dan acetic acid merupakan benda yang sama. Macam jugak blog ni, dulu Hidup . Aku . Dia . Segalanya, tapi kali ini Le Pieces de Vie. Content nye sama. Nama saja tukar. Kenapa? Angin baru mungkin. Masih lagi mengekalkan kehidupan kerana apa yang aku tulis disini merupakan apa yang berlaku dalam hidupku. "Vie", perkataan Perancis yang membawa maksud kehidupan. "Pieces", macam biasa, cebisan. Kenapa bahasa Perancis? Saja suka suki. Mencari kelainan. Heh? Tak salah, kan? 

Awat background hang lagu tue? Hehe. Jawapan sama, saja suka suki, ubah angin. Haha. Lagipun background ni simple je. Putih, kosong, and ada pic a guy ja. Maybe ye lah, bertatu, tapi tak perlu lah ikut. Sekadar gambar hiasan. Tak salahkan? And, don't worry, aku tak ada niat langsung lah nak bertatu bagai macam dalam gambar tuh. Hehe.

About the song, siapa rasa tak suka, anda boleh la scroll sampai bawah sekali, then tekat button pause kat player tu. Tak nak cakap banyak. Heh. 

Ada komen apa lagi untuk improvement blog ni? Boleh la catitkan komen anda dibawah ruangan komen untuk entry ni. Sekian, harap maklum. Terima Kasih!!!  

Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi

Hi, Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, dapat lagi nak menconteng arang kat sini, eh, bukan menconteng arang, tapi menconteng ..... hurmmm... entah, apaapajelah! Hehe. Btw, maksud aku, still lagi la dapat mengisi blog ni. Jangan salah paham plak. Hihi. 

Ok, actually aku sekarang ni sepatutnya aku dah masuk "EXAM MODE" seperti mana yang telah diberitahu dalam entry sebelom ni. Tapi, entah la kenapa, spirit nak exam tu tak menusuk kalbu lagi. Perghh.. Study week ni dah macam "STUDY WEAK" plak. Alahai, kengkadang, risau jugak. Yela, ni dah sem 2, kalau jatuh result aku ni, abis la. Dah la carry mark pun tak memberangsangkan. Malu la den kalau dapat 2 pointer je. Huhu. 

By the way, lupakan masalah study tu dulu. Hehe. Sebelum aku menyerabutkan diri dengan buku, aku lagi suka enjoy myself dulu. Buat aktiviti lain yang penting bukan study. Whaahaha. Nampak tak? Tu la teknik aku belajar. Nak "release"kan tension dulu baru sambung belajar. So, apa aku buat? 

Nah, Pembantu Urussetia

MINGGU TAARUF PELAJAR TAMHIDI SESI 2013/2014

di Stadium Tertutup Nilai

malam bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
 Biasanya, minggu taaruf untuk pelajar yang baru masuk USIM akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai ni. Maklum la, USIM sendiri tak ada dewan besar lagi. Dewan konvokesyen USIM dalam proses pembinaan, so, segala aktiviti yang melibatkan ramai student biasanya akan dibuat di stadium ini lah. Aku sendiri pun berminggu taaruf di stadium ni. Kali ni hampir 1000 lebih pelajar tamhidi. Uh, btw, bagi yang tak tahu apa itu Program Tamhidi, program tamhidi merupakan program yang sama je macam matrikulasi dan asasi biasa, cuma, perkataan je lain. Tamhidi berasal dari perkataan arab yang bermaksud persediaan. Kira macam persediaan untuk masuk U la. And, program ini adalah under USIM sendiri. Lepasan Tamhidi ni kira akan diserap masuk USIM je la. And, satu lagi kelebihan tamhidi ni adalah, ada subjek bahasa arab. Kikiki. 

Ok, proceed..

Aktiviti gotong royong 
Ok, seperti biasa, gotong royong merupakan aktiviti wajib bagi setiap kali taaruf. Sama macam aku dulu, hari last taaruf akan diadakan aktiviti bergotong royong. Dan macam yang anda dapat lihat, tempat gotong royong ni adalah dekat tasik ni. Siap ad jeti lagi. Hehehe. Tasik ni terletak kat belakang fakulti ekonomi dan muamalat. Dulu kotor je, tapi lepas pelajar baru kena kerah tuk gotong royong kat sini setiap kali minggu taaruf, maka bersih la tasik ni. Dan, for your information, setiap kali konvokesyen akan diadakan pertandingan memancing di tasik ni. Pihak USIM akan lepaskan ikan keli, ikan haruan dan ikan-ikan yang lain di tasik ni. So, next time, kepada pemancing pemancing diluar sana tu, nanti konvokesyen USIM akan datang, meh la memancing kat sini. Hehe. 

persembahan Palapes USIM


Hah, tau kan apa itu PALAPES? Bagi yang tak tau, PALAPES merupakan satu badan beruniform under Angkatan Tentera Malaysia. Palapes merupakan singkatan bagi PAsukan LAtihan PEgawai Simpanan. Siapa yang join Palapes ni akan dapat elaun. Tapi kena tough la. Macam askar. Kena rajin poie kawad. 

Budak Skema! Haha.
Tu dia, pelajar baharu tamhidi sedang beratur ambil makanan. Tertarik pulak dengan yang pakai cermin mata tu. Hahaha. Skematik habis. Kalah den oiii! Aku pun boleh kira skema jugak la, tapi nampak gaya, dia lagi skema la dari aku. Rambut dia pun lawa. Heh? 

Sup Gear Box!!!
Yeahh...ini!! Sup Gear Box !!! Menu wajib bagi student baharu USIM ! Memang adat la kat sini, siapa masuk USIM tapi tak rasa gear box ni memang ruuuggiiii...Hehehe. Setiap kali taaruf, mesti ada! Jangan risau. Hah, ni lah kelebihan masuk USIM ni. Hahaha.


Ok, stop here. Next time pulak yer. Assalamualaikum.

Like Sikit ;)