Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Khamis, 29 Mac 2012

Yang Terindah & Yang Terbaik : Kahwin Muda

Setelah sekian lama tak update blog, hari terbuka hati untuk berkongsi artikel ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian. Yang baik, kita ambil. Yang tak baik, kita tinggalkan.

Baca, faham & amal2kan. ^^,v
__________________________________________________________________


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 10 Mac 2012

Rezeki dari Dia Yang Maha Pemurah :)

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak up date blog ni. Walaupun blog ni x menarik, x apa. Asal kita x hati ini dapat berkongsi cerita dari hati. 

Gambar hiasan
Hari ni aku bersyukur sangat, tak tahu la kenapa Dia murahkan rezeki ni. Dalam satu mggu ni, almari aku y selalu kosong dari makanan tetibe je penuh sekelip mata tanpa mengeluarkan sedikit pun wang. Asalnya begini, semalam aku dapat hadiah, sebagai pemenang tempat kedua dlam pertandingan khat sempena college islamic festival. Kemenangan ni ak x expect langsung pun. Dah la masuk tu free je, xde yuran pembayaran, then bila da menang, satu hamper besar dapat untuk aku sorang. Perghhh. Syukur.

Hari ni mkanan dalam hamper tu x habis pun lagi. Ingat nak simpan la, xkan da dapat terus nk habiskan dalam sehari. Nampak sangat gelojohnye tu. Lepas tu, baru je tadi tunang abang aku datang melawat sebab nak amik kain sampin untk majlis pertunangan dia ngan abang aku, dia bagi bekalan makanan lagi. Syukur. Boley la ak buat bekalan sampai abis matrik ni. Hehehe. Xde la, kang tamat tempoh makanan tu sume baru rugi. Hahaha.

Okey la, tu je tuk hari ni. Thanks for reading. :)

Rabu, 7 Mac 2012

Malam Inovasi Kesenian Islam (the greast event of my life till today :))

Assalamualaikum, hehehe. :) Hari yang indah bukan? haha, suke sangat. Hari ni nak share skit sal event y telah berlalu since 2 March ago. Event y mmg ditunggu tunggu. Hahaha. Sori la coz lambat nk update, ni pun coz kesempitan waktu. But today, da berjaya la curik skit waktu study tu. Hehehe. Xpe, mggu ni ak demam mende ni je. Lame2 6t hilang la.

Ok, straight to da point, 02 March ae tu da berlgsungnye Malam Inovasi Kesenian Islam (MIKI) at Kolej Matrikulasi Melaka, and...and...and....ade tetamu khas. hehehe. Iaitu satu kumpulan nasyid y unique sekali. Hahaha. Bile da sebut unique tu, rase nye tentu la da boleh guess kan?? hahaha, mesti la UNIC and of coz ak xkan melepasan peluang ni. Ekekeke. ;P Malam tu meriah sangat, meriah tahap gaban la! Pergh, alunan melodi dye, mengasyikkan sgat.

Sekarang ni, kumpulan dye da tinggal 3 org je, saudara Fazli, Fakrulrazi and Faiz (kalo clap tulis, sori ea, mohon diampun.) . And yng paling buat ak SUKECITE nye, hahaha, ak berjaya la amek gambar ngan one of them. Rase cam bertuah giler. hahaha. Dah la esok tu repeat MUET, x study, mlah p konsert tu plak. hahaha. Da time MUET, tringat time ak amek gambar je, hahaha. Tapi rase cam tenang je jwab MUET. :P Saudara Fakhrulrazi da doakan kot. Hahaha.

Eh, kla, time to go. Tengok la pic y sempat amek malam tu kat bwah.


Poster UNIC dengan signature skali. :)

y ni ak x ngat la name ape. hehehe. sori :)

y nie fazli kot, dye org lame. :)

y ni asal dari AQ, Fakhrul Razi. :)

saudara Fakrul tgah mencari 'mangse'. :)

UNIC terima penghargaan sbb sudi datng buat persembahan. Thanx. :)

sesi autograph. :)

heehehe, thats me with saudara Fakhrul Razi. THUMS UP !

'peace'. :)

last, penonton muslimah bertuah y dapat tangkap pict ngan dyorang "tnpa gangguan". hahaha.
 Thats all for today. Thanks for visiting. Assalamualaikum. :)

Sabtu, 3 Mac 2012

Jom oPerAte miKey Si TikuS PuTiH!!!

Assalamualaikum, haish, rindu bona ngan nlog ni. Lame da x menaip kat sini. Hehehe. Actually, petang nie ana, sya, aku or seumpama dgannye nk share sket detik2 menjadi dokter. hehehe. Kejap je, just tuk 2 jam je. Hahaha. Pesakitnye adela miKey si TiKus pUtiH! hehehe. 

Aim operation nie adalah tuk observe saluran kapilari darah n others y ade dlam bdan la. Disebbkan tikus ni ade persamaan ngan manusia dri struktur organ dalaman, so, kite amek tikus la jadi specimen. Kalo ade y rase lemah semngat nak tgok, cube la tgok gak. mane taw kalo2 6t timbul rase mnarik plak. ni la kelebihan jadi student sains. Hehehe. best!
miKey si Tikus PutIh- sedia di bedah



proses pembedahan dijalankan :)
suatu penemuan, 4 ekor anak tikus, ni bkan tikus y ak bedah ea, ni kwan ak punyer. :)
operasi mengkaji "otak tikus"

antara peralatan y digunakan :)
y kaler merah pekat tu adalah liver kite. byak drah dalam tu.


hasilnye...:)


da macam dokter tgah operate btol2 da. hihihi . :P
y dua bijik antra kaki miKey tu adalah testis dye. :)  bukti itu adalah tikus jantan.

ni bkan anak si miKey ea, ni ank tkus laen.
me, zuhair and mieza(bdak kecik nie group laen) :P
 Sekian sahaja untuk kali ni. Next time, kalo ade mase ana akan up date blog nie lagi. :)

Like Sikit ;)