Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Isnin, 21 Mei 2012

Mahamahu.com anda Mahu 2012


SLOGAN :
 Aku Mahu join Maha sebab Mahu hadiah yang Maha gempak dan selalu berdoa Mahu yang terbaik dari Maha Esa, semoga apa yang aku Mahu dikabulkan Maha Esa.


 sapa2 yang nak join, boleh la klik pada banner kat bawah ni :

sekian terima kasih.

Kemaskini UPU Bagi Lepasan Matrikulasi/PASUM/Asasi UiTM sesi Akademik 2012/2013

Heyp, sebelom terlupa...tuk student lpasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM, UPU Fasa 2
akan dibuka bermula 26 Mei 2012 ni pada pukul 12.00 tengah hari and akan ditutup semula pada 02 Jun 2012 at laman web upu.mohe.gov.my .

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSPM PST & PDT SEMESTER II SESI 2011/2012

Salam khabar buat sahabat-sahabat semua. Setelah lama x buat post, hari ni ak nak post sal result matrikulasi. So, post ni lebih tertuju tuk sahabat matriks la. BTW, gud luck semua. Harap result kita semua GEMPAK2 eah!!!

PENGUMUMAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II, SESI 2011/2012

Rabu, 9 Mei 2012

Kes wanita pukul bayi...Memang tak berperikemanusiaan!

Subhanallah, terkedu aku seketika tengok satu video tu. Ada kat fb. Layakkah dia......ahhh... Sebak. Bila menonton video tadi, aku terbayang wajah anak2 saudara aku yang baya bayi dalam video tersebut. Takut mereka diperlakukan perkara yang sama.

Kalau boleh nak je aku masukkan video tu kat lam post ni, tapi bila ada sesetengah pendapat kata bahwa xyah la tunjuk video ni. Tak perlu la nk sebar2 kan sebab takut bertambah dosa penonton dan juga penyebar video tu. Apa taknye, dah la video tu boleh membangkitkan kemarahan orang lain, nanti ada pulak yang mengeji perempuan tu, marah, melepaskan geram, than mencarut, menyumpah segalabagai. Selain tu, dalam video tu pun ada aurat yang terdedah. So, semakin sebar semakin bertambah pulak dosa. Penonton boleh dapat dosa melihay aurat wanita, manakala, penyebar dapat dosa mengaibkan orang lain. So, kalau betul2 rasa nak tengok video tu, cari la sendiri samada kat fb or youtube.

Aku memang sakit hati lagi ni ( padahnye tengok video y memang menyakitkan hati ) . Time aku tengok video tu, takut, marah yang meluap-luap, ape taknye, takut kalau perkara macam ni berlaku dalam keluarga aku. Marah sebab perempuan tu ***** sangat! Dah la yang tukang rakam tu rakam je, mulut da oke bagi nasihat, "sudah la tu", time perempuan tu pukul anak/adik/whatelse yang berkemungkinan la, tapi kenapa tak halang je perempuan tu? Rakam jugak. Nak pakai perkataan "kalau" sket, kalau la aku ada dalam video tu, perghh, sumpah aku amik je bayi tu then bawak pi hospital or tenangkan bayi tu. Tak sanggup kowt dengar bayi tu nanges teresak-esak.

Dah la, tanak tulis lagi sal ni. Kang lagi banyak aku merapu. BTW, aku rayu la kat sume parents yang ada anak tu, jaga la anak kome baik2 ye. Biarlah meyakitkan hati bila dengar bayi tu nanges, tapi jangan la pukul sampai budak tu dah umur belasan tahun. CUKUP! Tak sanggup lagi. Assalamualaikum.

Selasa, 8 Mei 2012

Kenangan I : Primary School

Kadang-kadang, bila dah jadi penganggur tak bertauliah ni, tak tau nak buat apa. Keje part-time? Hu... Teringin, tapi mendapat tentangan keluarga. Lagipun sekarang ni stay umah kakak dulu, sementara majlis akad nikah abang kat Johor ni selesai, baru berangkat pulang ke negeri tanah tumpahnya darahku ( dah macam budak sastera la pulak, hahaha ) . Baiklah, so, bila akak and abang ipar aku pergi keje, apa je yang aku boleh buat? Nak pergi jalan2? Memang takkk la, takde transport la. :( . So, akibat kepuasan dah melebihi luar petala, jadi anak dara la aku kejap. Luangkan masa kemas umah, basuh pinggan and lain2 ( lipat baju aku tak buat sebab akak aku banyak baju kurung and aku tak pandai nak lipat, so aku terus lipat je la. hahaha ) .

Isnin, 7 Mei 2012

Keputusan Permohonan UPU ( Lepasan SPM 2011)

Assalamualaikum, hai buat adek2 SpM... Mungkin ak lambat sikit post tuk sal keputusan permohonan UpU ni. Kepada yang berjaya seperti apa yang dia nak tu, tahniah diucapkan. And kepada yang tak berjaya, takpe, jangan risau, mgkin ade hikmah disebaliknye. Dulu ak pun tak dpat jugak, tapi still dapat sambung belajar lagi, malah, dah abis pun tuk pra-U. Nak tunggu masuk ijazah pulak. Always think positive kay...

Tuk yang masih terpinga-pinga lagi, tak tahu nak check katne, ni aku cube tolong..


ATAU melalui SMS......Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888


Boleh check start pukul 12.00 tengah hari pada 7 Mei 2012.

Semoga berjaya !!!

Ahad, 6 Mei 2012

BagaimAna naK maiNtainkn perAsaan CintA ?

Assalamualaikum.. Hari ni ak nk share dari Hilal Asyraf skali lg. Beliau ade trime satu mesej, dri someone y susah nk kekalkan cinta dya kat sorg gadis. Mesej nya berbunyi begini :

 "Bagaimana anda maintain perasaan cinta anda kepada orang yang anda cintai? Sebab saya asyik tak kekal mencintai seseorang. Wujud perasaan cinta, kemudian tidak lama lepas itu, hilang."

Menarik bukan??? Aku rasa, ramai y mempunyai masalah y sama mcam individu y bertanya Hilal Asyraf ni. Tersebut adalah jawapan y di berikan oleh Hilal Asyraf y aku kira, dye menjawabnye dgan tenang skali. Jom bace.

Sabtu, 5 Mei 2012

Kenangan bersama lectre ter"faVorate"

Assalamualaikum, hari ni ak nk share skit la sal kenangan matrikulasi. Yela, memandangkan da genap seminggu ak tinggalkan matrik ak. :) Tapi ak just nk share lecture je..hehehe. Lect kesayangan.. Dyorang la guru2 terbaik... Aku nk cakap byak pun x taw sgt nk ckap ape, so just lyan pict y ak sertakan ngan nota kaki sket. Hehehe.

Rabu, 2 Mei 2012

MukakU Di MukaBuku...


Pada gambar-gambar mereka , tertulis ,

"Aku hanya insan biasa" .
"Tak cantik pun" .
"Alah , biase2 jerk :p" .

Sambil-sambil mereka membuat memek muka yang bermacam . Sambil-sambil aurat itu dipamerkan .

Memang anda insan biasa pun . Wanita yang luar biasa dan hebat tak buat macam tu . Memang anda tak cantik pun . Wanita yang cantik adalah wanita yang menjaga auratnya dengan baik . Sekian. 

credit to~akhi Hafiz Affandi. :)

Like Sikit ;)