Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Sabtu, 22 September 2012

Food Biotech's FamilyDay



Assalamualaikum semua..hehe...

Lama tak update blog, so hari ni ak ad la sedikit cerita untuk dikongsikan. Menarik ke tak...terpulang kepada anda lah, takkan ak nak komen cerita ak sendri. Hehe. Actually ni adalah pengalaman yang ak dapat hari ni.. Bersama senior2 food biotech..

Macam yang ditulis pada tajuk, hari ni kitorang adakan 'Food Biotech Family Day'. Seriously happy giler...bagi ak, rugi la kalo ada yang tak datang tadi. Semua dalam 200 lebih tak silap ak..termasuk senior2. Aktiviti ni diurus by senior year 2, and tempat dia kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Tempat yang sesuai sangat tuk aktiviti macam yang kitorang buat ni. Semua lengkap, tapi kitorang tak main semua aktiviti yang dia sediakan..kitorang buat sendri punya games..nak jimat la skit..hehe..

Aktiviti yang kitorang buat ni best jugak la..terkejar sana sini, and yang paling penting, mesti ada yang akan sakit perut. Hahaha. Kenapa??? Baca sampai bawah la..hehe. Ok, kitorang main games yang ala-ala tv gameshow yang famous kat mana2 la sekarang ni. Ala, games yang orang korea buat tuu...haaha...tahu kan? Yesss!!! "RunningMan"!!! Haha.. Tapi tak semua sama macam gameshow tu..


Tapi games yang kami main ni, dia kene dapatkan check point, n kat setiap check point tu kene la buat apa2 yang patut. And, kat checkpoint tu la ad yang macam dalam runningman..hoho..contoh, mcam episod runningman kat thailand, 4 org kne tgok satu suku kata then jerit sekaligus setiap suku kata kat kawan2 dia yang lain. Kawan2 tu kene sambung  suku kata tu jadi perkataan then baru dapat checkpoint. Ada byak lagi, mcam dia suruh pilih 2 no, pastu kene minum air yang dicampur..kira macam 2 dalam 1 la. Tapi lidah ak sensitif, minum sikit je, dah tau dah rasa apa. Haha. Ada y sampai kene masuk lam kolam la. And, pasal y sakit perut tu sebab dia suruh minum air sirap + air garam ! Adoyai, masin giler!!! Tapi naseb ada senior yang "suke" minum air tu. So dia la yang tolong habiskan. Hehe.

Lepas habis game tu kami rehat2, makan minum solat segala bagai la.. Then sambung pulak dengan aktiviti berakit!!! Yeah!!! Tapi before berakit tu, kami diajar "Boyouncy Confident"(eh,betul ke ak eje boyouncy tu?? haha...lantak la) and ... (x ingat nama ap). Kami kene pakai jeket keselamatan then masuk lam kolam, yang BC tu dia ajar macam mna nak terapung dengan baik dgan jaket tu..then y x tau apa nama tu, dia ajar ala-ala rebah kan diri dari darat then jatuh dalam kolam dari belakang. Ala, yang macam nk pi menyelam kat laut tu. Paham2 je la..imagine sendri. Haha. Yang ak sure, aktiviti yang jatuh lam kolam tu memang best giler!!! Nak buat lagi !!! Hahaha. Then lepas tu baru kami main rakit..pakai pelampung and papan.. Penat siot..dah la kayuh pakai tangan, x cukup pendayung. Haha.

After budak laki main rakit semua tu, kami bagi chance budak perempuan pulak. Takkan nak buat skali..tak cukup la rakit. So, kami tinggalkan gegurls, kami pi MANDI SUNGAI !!! Hoyeahhh!!! Haha..


Sampai la petang sikit, kami naik balik and solat asar..then majlis penutup. Dan group ak, group 11, dapat JOHAN beb!!! Terbaik!! Terima kasih ahli2 kumpulan 11, senior2 yang sporting..hehe. Dah dapat hadiah, apa lagi, ambik gambar! Sebelum balik ann.. Ramai2 ngan senior.. Sumpah ak cakap senior ak memang sporting!!! Sampai ak pun buat muka tak malu jugak, x macam dulu2. Hehe. Lepas siap bergambar baru balik. Sehari pun cukup tuk dijadikan kenangan terindah.


Well, panjang lebar ak menulis..harap enjoy reading la. Hehe.. And, thanks sebab sudi baca. Anyway, komen la sikit. Jadikan apa yang ada lam hati tu komen pun takpe. Hehe. So, time to go! Penat, nak tidur dulu. Assalamualaikum. ^_^
My Classmates 







Rabu, 5 September 2012

Minggu Ta'aruf Di USIM, Simply Inspiring.

Assalamualaikum sohabat2 . ;-)

Hari ni baru aku rasa lega sikit. Hilang dah segala kepenatan yang melampau ni setelah sekian lama. Huhu. Kenapa penat? Buat apa? Huhu. Penat la melalui sesi minggu ta'aruf kat USIM ni. Kalau nak diikutkan sebenarnya, memang kat mana2 pun yang buat minggu ta'aruf aka minggu orientasi ni penat. Apa taknye...jadual pack giler. Tak sempat pun nak tidur atas katil tuk 8 jam. Huhu. Terpaksa qada' balik tidur tu atas kusi time sesi taklimat yang panjang lebar. Huhu. Tak lena la beb. x-(

Lagi lagi tuk mahasiswa USIM  yang stay KK1, terpaksa berjalan kaki nak pi stadium tertutup nilai coz semua aktiviti buat kat situ. Huhu. Berapa kilometer ntah. Memang bakar lemak habis la. Huhu. Tapi yang aku peliknye, tadi, masa aku timbang berat tuk ujian fizikal nak masuk SUKSIS (sukarelawan siswa/i) , berat ak lagi tinggi dari biasa la pulak. Habis aku jalan kaki sejauh berkilo-kilometer selama 5 hari ni, bakar lemak ke tumbuh lemak??? (-_-")
Tapi takpe la, bagus jugak, lama dah berat aku tak naik. Hehe.

Sepanjang minggu ta'aruf ni, aku akui la, memang best gile! Program yang dia buat memang membina semangat betoi la. Pesanan2 dari prof2, senior2, fasi2..memang membangkit semangat la. Buat aku rasa macam masuk USIM ni memang satu pilihan yang tepat! Dulu rasa macam takut2 je nak masuk USIM, sebab aku pikir aku lemah bab agama, tapi bila dah dengar pesanan diorang, tetiba je mood agama tu masyuk lam jiwa aku. Salah satu yang akan aku ingat sampai bila bila, insyaallah ialah, bila fasi tanya "Siapa bagi kekuatan???!!!", pastu kitorang jawab ramai2, "ALLAH!!!!". Gema satu stadium. Semangat ! Pastu ada ketua PALAPES bagitau, "Let make the differences!". Perghh ! Terus aku pikir nak masuk PALAPES, tapi dilema sikit, takut aktiviti dia berat sangat. Takut jugak, bully2 ke...huhu. Sebab tu la aku tak masuk, daftar nak msuk SUKSIS je la. Hehe.

Sebut pasal PALAPES ni, ada satu keje diorang yang buat aku lemah jantung. Huhu. Ada ke patut diorang main tembak menembak and bom mengebom dalam stadium tertutup tu semata mata nak buat gimik? Perghh. Dah la tetiba je bunyi tembakan, pastu ada lelaki masuk pakai ala2 komunis gitu, pegang senapang, tembak kat atas, then tarik student USIM. Huhu. Dah macam betol2 dah. Sakit telinga kot dengar bom and tembakan tu. Then datang la budak2 PALAPES USIM tolong selamatkan budak yang kene tarik tu. Haha. Gimik paling gempak kot! Nampak api keluar dari senapang tu. Hish... Tembus gak badan kene peluru tu kang. Huhu.

Kat bawah ni ada gambar peluru antara yang dilepaskan. Huhu. Ok la, sesi ta'aruf pun dah selesai, and aku pun dah penat. So, lain kali kita bersua lagi ye. ;)

p/s: sapa2 yang bakal nak masuk u jugak nanti, tak kira la sesi brapa pun, pilih la USIM, kalau dah dapat, itu peluang anda tuk seimbangkan antara ilmu dunia ngan akhirat. ingat, kat dunia ni sementara je. "Let make the differences!!!"


Sabtu, 1 September 2012

Selamat datang warga baru.

Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak aku jadi warga usim. Huhuhu. Teruja kot. Hehee.

Tadi masa nak daftar, rasa cuak giler!!! Huhh. Tengok students len, sume hebat2. Rasa cam kecik la pulak diri ni. Huhu. Mula2 td terkapai kapai gak nak cari tempat daftar ape.. Lepas tu naseb baik la ada ramai seniors yang baik hati sudi tolong bagi tunjuk jalan. Hehe.

Lepas daftar tu, kitorang satu family naik bas USIM tuk ke kolej kediaman. Huhuhu. Pihak USIM x bagi parents bawak masuk keta k kolej kediaman. Maybe sebab xnak bagi crowded kat dalam tu kot.

Nasib baik ak datang awal, so ak yang first sampai lam bilik aku, and boleh la pilih y mana aku nak. Hehe. Lepas je kemas barang and cop katil segala bagai, kitorang balik semula. Hehehe. Ak balik la umah akak ak. Dekat je. Pihak USIM x kesah pun. Hehehe. Lagi pun ,malam ni baru start program. So, nanti petang la ak check in balik. Hehehe.

So, sampai situ je dulu. Owh, malasnye nak masuk minggu orientasi. Penat. Ok la, assalamualaikum. ^_~

P/s; sorry, x banyak gambar. X sempat derr...




Like Sikit ;)