Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Jumaat, 29 November 2013

Titipan Untuk yang ke 20 Tahun

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menitipkan cebisan kata kata di blog ni. Walaupun dah lama terbiar, namun tetap akan aku cari ruangan masa untuk menguntai kata di halaman ini. 
Alhamdulillah, hari ini sudah tiba kepada hari kelahiran aku yang ke 20 tahun. Ya, 20 tahun lahir ke dunia yang sementara ini. Mungkin masih boleh dikatakan baharu dan masih tidak cukup terlalu lama dek di usia 20 tahun, kebanyakan manusia masih lagi boleh dikatakan masih mentah. Dan mungkin baharu saja ingin melengkapkan zaman remaja. Tiada lagi istilah awal remaja. Mungkin juga istilah remaja semakin terasa tidak sesuai. Dengan mengantikan angka 1 kepada angka 2, mungkin sudah boleh diklasifikasikan sebagai dewasa.

Ya, 20 tahun itu menjadi gerbang pintu kearah kedewasaan dan kematangan. Namun, tidak semua mencapai kematangan itu diusia 20, ada yang ketika berbelasan tahun lagi, dan ada juga dengan angka yang lebih besar daripada angka 2 dihadapan baru ingin mencapai kematangan. 
Namun disini tujuan aku menitipkan kata bukan ingin mempersoalkan sudah matangkah aku dengan hari ini, yang membawa aku pada angka ke 20. Tujuan aku disini adalah kerana aku terasa ingin menitipkan sebuah wasiat. Bukan kerna aku tahu aku akan pergi dalam masa terdekat, namun, kerna aku tahu, mati itu pasti.
Seandainya aku tidak sempat bertemu kalian di masa akan datang, dengan rendah dirinya, disini aku ingin memohon sejuta kemaaf diatas segala kekhilafanku yang lalu, yang telah menyakiti hati setiap insan yang telah kukenali, dan juga rakan yang masih tidak aku temui. Dan terima kasih yang tidak terhingga juga aku ingin ucapkan kerana sudi menjadi peneman hidupku, mewarnai dengan pelbagai corak kehidupanku dengan indah kepada semua sahabat yang pernah mengenaliku. 

Mungkin masih awal untuk aku mengukir kata sebegini, namun, siapalah aku yang sebenarnya ingin katakan awal atau terlambat?
Namun, pelbagai peristiwa telah berlaku dalam hidupku dan telah menghentakkan mindaku. Pelbagai persoalan timbul dibenak fikiranku. Sudah tibakah masanya? Adakah ini peluang untukku? Adakah aku telah bersedia? Adakah masih belum tiba masanya?
Sejujurnya, peristiwa yang terbaru, yang masih kukuh diingatanku iaitu ketika di Pantai Teluk Kemang pada 23 November 2013 yang lalu sememangnya suatu peristiwa yang mungkin memadamkan aku dari dunia ini. 
Petang itu, aku berjalan seorang diri ketengah lautan yang luas. Dengan minda yang masih mentah, sedar yang diri ini masih lagi mengengsot dalam dunia renang. Aku cuba untuk mengapungkan diri di Laut Selat Melaka yang sudah mencapai paras dada ku. Hasil daya tolakan ombak yang aktif menarik pepasir, aku terasa tiada lagi bumi untuk kaki ini mencecah. Rasa panik mula menjengah difikiran aku. Namun, kerana panik, aku pernah lemas. Maka, bukan untuk kali ini. Bukan di lautan yang luas ini. Aku cuba mengayuh, menghayun ke pantai. Cuba dan tidak mengalah walaupun tidak pandai. Sesekali, kejang terasa di jari jari kakiku. Sakitnya. Namun, terfikir akan keluarga, ibu yang sering merisaukan diriku. Aku lantas bangkit. Berjuang untuk mempertahankan nyawa sendiri. Alhamdulillah, aku masih disini, bercerita akan kejadian yang bakal meragut nyawaku. Ini lah dikatakan peluang. Ya, Allah masih lagi memberikan peluang untukku terus berjalan dibuminya. Namun, sampai bila? Padaku, ianya seperti seakan akan sudah tiba masanya. Wallahu'alam.

Oleh itu, disini, selagi aku mampu meneruskan coretan kata, akan aku usahakan walaupun dalam mengambil masa yang agak lama. Kerana, andai aku tiada lagi, biarlah halaman ini yang menjadi penganti ku. Menjadi penutur kata yang selama ini aku pendamkan. Maafakan aku andai tersilap kata, tersalah budi bicara. Terima kasih.
25 November 2013 || Isnin
p/s: ditulis lebih awal, supaya dapat mengganti diri yang mungkin hilang pergi menjauh. andainya tiada lagi pos selepas ini, maka izinkanlah hamba mengundur diri. 


Like Sikit ;)