Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Saturday, June 15, 2013

Cinta Siapa yang Lebih Utama ???

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dapat jugak curi sedikit masa tuk menulis kat sini even ditengah tengah dilema study week ni..huuu...setakat ni baru 2 paper langsai...tinggal 3 paper je lagi. Isnin, Selasa, dan Rabu, minggu depan satu lagi. Minggu ni whole study week a.k.a cuti! hahaha. Takde lah..study la, mana ada cuti. Kalau cuti pun maybe kat library la jawabnye. Huhu. Hari tu, demi paper Organic Chemistry, dari pagi sampai la ke malam, aku duk bertapa je kat library tu. Sampai skip lunch. Nasib baik malam tu kluar makan, kalau tak, mau pengsan aku dalam library yang penuh ngan aircond tuh. Dah la esoknya tu exam paper organic..tu la kan, sapa suh study last minute. Huhu. And disebabkan ad lagi yang tak berapa nak faham, terpaksa la burn the midnight candle. Sampai 3 pagi kowt!  Stress gila rasa... Esoknya, bangun2, pukul 6 pulak...sambung lagi. Aiyyakkk! Bajet rajin! Last2, bila masuk exam organic tu, tetiba blurr..bukan apa, rasa macam nak pitam ja. Haish. Perut lapaq + tak cukup tiduq... memang rasa macam nak pitam la. Berpinar je mata ni. Tapi, sebab exam, tahan la..2 jam 30 minit je pun. Dalam hati kata, " perut, sabar ye..2 jam ja..abis exam kita pi makan" . Tahan je la, kejap kejap, kalau tak tahan tu, rasa dah pusing sangat, zikir, tu ja makanan aku time dalam hall. Huhu. Eh, terpanjang pulak. Bukan ni niat asal aku post entry ni sebenarnya. Hahaha.

Actually, merujuk tajuk diatas, aku nak kongsi sikit pasal satu post kat fb. Sesuai dirasakan tuk di share. Cerita kat atas tu mukaddimah je. Hehe. Kat bawah ni ak copy post dari sebuah group, USRAH kat fb,

Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samada kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.

"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan"

Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulu sdaripada ahlinya sendiri.Siapakah yg lebih layak melakukan kerja2 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja yg diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan2 kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah

Masa remaja seharusnya digunakan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya, membina iman setinggi-tingginya, memasak Taqwa sedalam-dalamnya..bukannya masa ini dihabiskan dengan angan2 cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.

"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yg diabaikan"

Fahamilah perkara keutamaan & sampingan.Yang mana perlu didahulukan & yang mana perlu dikemudiankan.Agar nanti masa & usaha kita tidak menjadi sia2..Mencari cinta manusia itu bukan keutamaan jika dibandingkan dengan mencari Cinta Ilahi.Apalah gunanya jika rusuk yg hilang ditemui, tetapi rusuk pengislahan masyarakat itu diabaikan.Bersikap adillah antara keduanya.

Alhamdulillah, harap faham lah perkongsian saudara kita tu. Sedar bahawa cinta siapa yang kita cari sebenarnya. Yang mana yang utama? Kalau tak faham, boleh tanya, jangan malu, insyaAllah aku cuba sedaya upaya. Hehe. And, kalau ada siapa2 yang berminat nak join group USRAH ni, bleh la klik kat word USRAH ni. InsyaAllah, banyak manfaat yang kita boleh dapat.

InsyaAllah, setakat ni lah dulu, mata pun ngantuk. And, esok kena sambung study, ntah pukul berapa baru boleh start study.. Btw, wish me luck okayh for more 3 payper! Huhu.


No comments:

Like Sikit ;)