Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Monday, June 3, 2013

Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi

Hi, Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, dapat lagi nak menconteng arang kat sini, eh, bukan menconteng arang, tapi menconteng ..... hurmmm... entah, apaapajelah! Hehe. Btw, maksud aku, still lagi la dapat mengisi blog ni. Jangan salah paham plak. Hihi. 

Ok, actually aku sekarang ni sepatutnya aku dah masuk "EXAM MODE" seperti mana yang telah diberitahu dalam entry sebelom ni. Tapi, entah la kenapa, spirit nak exam tu tak menusuk kalbu lagi. Perghh.. Study week ni dah macam "STUDY WEAK" plak. Alahai, kengkadang, risau jugak. Yela, ni dah sem 2, kalau jatuh result aku ni, abis la. Dah la carry mark pun tak memberangsangkan. Malu la den kalau dapat 2 pointer je. Huhu. 

By the way, lupakan masalah study tu dulu. Hehe. Sebelum aku menyerabutkan diri dengan buku, aku lagi suka enjoy myself dulu. Buat aktiviti lain yang penting bukan study. Whaahaha. Nampak tak? Tu la teknik aku belajar. Nak "release"kan tension dulu baru sambung belajar. So, apa aku buat? 

Nah, Pembantu Urussetia

MINGGU TAARUF PELAJAR TAMHIDI SESI 2013/2014

di Stadium Tertutup Nilai

malam bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
 Biasanya, minggu taaruf untuk pelajar yang baru masuk USIM akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai ni. Maklum la, USIM sendiri tak ada dewan besar lagi. Dewan konvokesyen USIM dalam proses pembinaan, so, segala aktiviti yang melibatkan ramai student biasanya akan dibuat di stadium ini lah. Aku sendiri pun berminggu taaruf di stadium ni. Kali ni hampir 1000 lebih pelajar tamhidi. Uh, btw, bagi yang tak tahu apa itu Program Tamhidi, program tamhidi merupakan program yang sama je macam matrikulasi dan asasi biasa, cuma, perkataan je lain. Tamhidi berasal dari perkataan arab yang bermaksud persediaan. Kira macam persediaan untuk masuk U la. And, program ini adalah under USIM sendiri. Lepasan Tamhidi ni kira akan diserap masuk USIM je la. And, satu lagi kelebihan tamhidi ni adalah, ada subjek bahasa arab. Kikiki. 

Ok, proceed..

Aktiviti gotong royong 
Ok, seperti biasa, gotong royong merupakan aktiviti wajib bagi setiap kali taaruf. Sama macam aku dulu, hari last taaruf akan diadakan aktiviti bergotong royong. Dan macam yang anda dapat lihat, tempat gotong royong ni adalah dekat tasik ni. Siap ad jeti lagi. Hehehe. Tasik ni terletak kat belakang fakulti ekonomi dan muamalat. Dulu kotor je, tapi lepas pelajar baru kena kerah tuk gotong royong kat sini setiap kali minggu taaruf, maka bersih la tasik ni. Dan, for your information, setiap kali konvokesyen akan diadakan pertandingan memancing di tasik ni. Pihak USIM akan lepaskan ikan keli, ikan haruan dan ikan-ikan yang lain di tasik ni. So, next time, kepada pemancing pemancing diluar sana tu, nanti konvokesyen USIM akan datang, meh la memancing kat sini. Hehe. 

persembahan Palapes USIM


Hah, tau kan apa itu PALAPES? Bagi yang tak tau, PALAPES merupakan satu badan beruniform under Angkatan Tentera Malaysia. Palapes merupakan singkatan bagi PAsukan LAtihan PEgawai Simpanan. Siapa yang join Palapes ni akan dapat elaun. Tapi kena tough la. Macam askar. Kena rajin poie kawad. 

Budak Skema! Haha.
Tu dia, pelajar baharu tamhidi sedang beratur ambil makanan. Tertarik pulak dengan yang pakai cermin mata tu. Hahaha. Skematik habis. Kalah den oiii! Aku pun boleh kira skema jugak la, tapi nampak gaya, dia lagi skema la dari aku. Rambut dia pun lawa. Heh? 

Sup Gear Box!!!
Yeahh...ini!! Sup Gear Box !!! Menu wajib bagi student baharu USIM ! Memang adat la kat sini, siapa masuk USIM tapi tak rasa gear box ni memang ruuuggiiii...Hehehe. Setiap kali taaruf, mesti ada! Jangan risau. Hah, ni lah kelebihan masuk USIM ni. Hahaha.


Ok, stop here. Next time pulak yer. Assalamualaikum.

No comments:

Like Sikit ;)