Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Friday, January 18, 2013

Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel

Hai hai hai... Assalamualaikum w.b.t. =)
Hah, kalau dah baca tajuk mesti dah boleh agak an apa entri hari ni. Hehehe. 
Actually aku nak share skit lah aktiviti aku sempena cuti sem 1 ni. Hewhewhew. 
Hari aku stay umah akak aku di Negeri 9. Disebabkan takde aktiviti yang menarik, yelah, budak U ni cuti time orang lain kerja. So, nak jalankan aktiviti bersama orang lain susah lah. Jadi terdetiklah idea tuk buat #PudingGulaHangus a.k.a #PudingKaramel ni. =D

Mesti korang pelik an, kenapa aku mesti mention kan #PudingGulaHangus "a.k.a" #PudingKaramel. Hehe. Ni sebab ada yang kenal puding ni sebagai #PudingGulaHangus and ada jugak yang panggil #Puding Karamel. So, bagi mengelakkan kekeliruan, aku tulis lah kedua duanya... Hehe...Mula-mula agak ragu jugak la nak buat, ye lah, first time. Kang tak jadi kang membazir lak. Huhu. Tapi dengan nekad, terbuat jugak la puding yang suwitt ni. Hehehe. 

Aku mulakan dengan buat karamel dia dulu, yakni gula hangus dia tuh. First try, jadi sikit sangat and cepat sangat keras, tak cukup air kot. Huhu. Then aku buat lagi, ingatkan step yang first tu salah, sebab nampak gula tu jadi berketul ketul. So kali kedua, aku biarkan gula tu panas, tak kacau pun, last-last hangit terus. Huaaa!!! Kali ketiga buat lagi, panaskan gula and tak kacau, sama je...HANGIT! huhu.. Hitam jadinya. ='( Agak fed up gak la. Disebabkan aku ni lelaki and dah tiba masa tuk solat Jumaat, tinggal lah dulu, sambung lepas Jumaat.

Balik je dari Jumaat, semangat terus berkobar kobar nak buat puding. Hehe. Dengan sedikit pesanan dan nasihat dari kakak aku, berjayalah jugak buat karamel tu tanpa hangus dan cukup kuantitinya.. Muehehehe. Lepas tu aku sambung je la buat puding pulak. Tadi karamel, ni puding pulak. Cara senang aku buat, campak je bahan-bahan ikut kuantiti dia lam blender then kisar. Hahaha. Lepas tu tapis masuk lam loyang yang dah diisi dengan karamel. =D

TADAAA !!!

Inginkan resepi??? Nah ;

Bahan-bahan :

8 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
7 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
7 sudu besar gula - untuk buat karamel

Cara-cara :

1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Kacau sehingga gula menjadi air dan keperangan. Then masukkan secawan air dan ratakan sehingga gula cair sebati dengan air. Lepas tu, sejukkan. Biarkan dia mengeras dalam loyang.
2. Masukkan telur, tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla kedalam satu bekas dan pukul sehingga sebati. ( bagi aku, senang blender je semua bahan tu, senang nak pastikan dia sebati. hehehe )
3. Tapis bahan-bahan yang dah sebati tadi masuk lam loyang yang ada karamel yang dah keras tadi. 
4. Kukus bahan dalam loyang tadi dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Tuk pastikan puding tu betul-betul masak, boleh cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat, alhamdulillah, dah masak lah tu. :D
5. Terbalikkan dan siap tuk dihidangkan. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu  didalam peti ais.

Senang bukan??? Hehehe.. Selamat mencuba! =D

p/s : anda boleh ubah kuantiti secara random, asal anda yakin dengan keputusan anda. :)




Kejap je puding aku ni habis. Petang buat, malam terus habis. Wakaka. Sedap sangat kowt. Hehehe.

No comments:

Like Sikit ;)