Wah, lama x update belog ni, dah berhabuk dah agaknya..hahaha...
Well, tetiba hari ni rasa macam terpanggil sikit lah tuk menaip dalam belog ni. Terasa nak meluahkan sekali pandangan sendiri dekat blog ni tentang isu yang tengah hangat di negara kita. Isu Miss Bawani and Madame Sharifah Zohra Jabeen.
MISS BAWANI PENCETUS KEBANGKITAN MAHASISWA!
MADAME SHARIFAH ZOHRA JABEEN PENCETUS KEMARAHAN SISWA!
Hah, video 24 minit tue dah betul2 bangkitkan kemarahan siswa. Lagi2 bila sampai part Sharifah Zohra cakap "Listen, listen, listen, listen, listen, listen..." sambil kira ngan jari dia berapa kali dia sebut "listen" dekat Miss Bawani. Haha, sampai title video tu pun jadi "Listen, listen, listen". Pada pandangan aku la; pandangan mahasiswa yang tiada di tempat kejadian yang hanya menjadi penonton video tersebut di Youtube, bila ada segelintir pihak yang mengatakan tindakan Miss Bawani adalah tidak wajar dan biadap seperti yang dinyatakan oleh Madame Sharifah Zohra; unrespect adult, aku tertanya mengapa dia yang dianggap biadap?
1-Adakah kerana dia tak menghormati Madame Sharifah Zohra? dimanakah?
2-Kerana bangun dan terus ke pembesar suara tanpa kebenaran kah?
3-Kerana menggunakan intonasi yang tinggi terhadap Madame Sharifah Zohra kah?
4-Kerana tangannya yang berhayun hayun kah?
5-ataupun sebab lain lain?
Pada aku, aku langsung tak nampak dimana kebiadabannya. Sorry. Kalau ada yang kata sebab yang pertama, perlukah kita nak menghormati pihak yang menegakkan benang yang basah? Kita kalau nak hormat seseorang tu, ada tempatnya. Shook hand saja tak menunjukkan yang kita menghormati orang lain kalau kita tidak men"listen" apa yang ingin disuarakan. Jangan terus memotong kata2 orang lain, cubalah jadi pendengar yang baik. Jangan hanya bercakap saja. Dalam memberikan pandangan ni, aku tak mau libatkan hal politikus. Biarlah semua pihak yang berfikir sendiri dengan minda yang bebas dari minda politik. Memanglah Miss Bawani bercakap melibatkan politik, tetapi ini kerana dia sedang mencantas hujah politik yang dikeluarkan oleh Madame Sharifah. Kita sebagai yang melihat kejadian ini harus berfikir dengan minda terbuka, bukan minda yang sarat dengan isu politik lalu membidas pihak yang berlawanan.
Dari sumber yang aku dapati, memang Miss Bawani bangun sendiri dari kerusinya dan terus ke pembesar suara tanpa menerima izin dari moderator atau panelis. Ya, itu suatu tindakan yang agak mengejutkan, tapi bila mengetahui sebabnya, wajar lah Miss Bawani bertindak sedemikian. Dalam dewan tu ada 2000+ pelajar tetapi hanya 2 orang saja yang sempat bertanya pada sesi soal jawab? Tak wajar bukan? Miss Bawani sendiri pun memang ada mengangkat tangan tuk bercakap, tapi tidak kelihatan mungkin, lalu tidak dilayan. Tidak patut. So, dah dengan semangat ingin tahu dari Miss Bawani, sudah tentu dia akan bangkit tuk bersuara menyatakan pendapat. Dan dalam negara kita, semua orang ada hak untuk bersuara. Jadi dengarlah pandangan beliau sepenuhnya, biarkan dia bercakap, "U listen her first, let her finish first, then she will listen to U and let U speak."
Ada sesetengah pihak juga mengatakan yang dia bertindak kasar dengan cara percakapan dia. Nada intonasi dia yang tinggi ketika bercakap. Namun, mereka sedar tak bahawa, memang begitulah cara mengemukakan hujah ketika dalam perdebatan. Memang lah ini bukan pertandingan debat atau sebagainya, tapi apabila kita ingin mengemukakan hujah, sudah tentu kita akan kemukakan hujah dengan intonasi seperti yang Miss Bawani lakukan supaya pihak lain yang mendengar yakin dengan hujah yang kita kemukakan. Dan begitu juga cara tuk menunjukkan kita bercakap dengan penuh yakin. Takkan lah Miss Bawani nak bercakap dengan intonasi yang lembik? Sudah tentu tiada pihak yang akan yakin dengan fakta yang dibawanya.
Maaf tuk yang no4 tu, kalau ada yang menjadikan itu sebagai alasannya, kelakar lah. Hahaha. Body language, itu perkara biasa ketika bercakap. Lagi lagi bila berhujah. Dan ada yang kata tu memang cara orang India, tengok macam Karam Simolia, tangan dia pun berhayun hayun jugak. Kalau aku tersilap, awal2 lagi aku mintak maaf lah, hal ini macam melibatkan isu kaum, so aku tak mau ada sebarang masalah, peace, no war. =)
Sedikit lagi, sorry terpanjang pulak entri kali ni.
Aku terkilan dengan jawapan Madame Sharifah Zohra, dia marah Miss Bawani samakan Malaysia dengan negara lain, malah siap suruh Miss Bawani pergi belajar kat negara lain lagi. Tapi boleh pulak dia samakan manusia ngan haiwan... sesuatu yang tak patut. Walhal, kita sedia maklum, taraf manusia lagi tinggi dari haiwan sebab tu manusia jadi khalifah. Malaysia wajar lah disamakan dengan negara lain, sama2 terbina diatas tanah, dimana semua masyarakatnya cuba membina tamadun.
Ok, agak terpanjang pulak kali ni. Maaf kalau ada tersilap kata, terkasar budi bicara.
Nah, video Listen, listen, listen tentang Brave Miss Bawani bagi yang belum menonton.
Miss Bawani, We All Support U.
Kelantangan anda bersuara inspirasi seluruh mahasiswa.
Bersuara demi kebenaran. Jangan biarkan 2+2=5!
MISS BAWANI PENCETUS KEBANGKITAN MAHASISWA!
No comments:
Post a Comment