Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, masih ada sini untuk mengisi kekosongan di blog ini. Maka, aku kira, para pembaca boleh lah ignore sahaja entry sebelum ini. Bila kita diberikan peluang, gunalah sebaiknya. Dan insyaAllah, doakanlah aku supaya mampu menggunakannya juga dengan sebaiknya. Lantas, jom kita pandang kehadapan, seek for new day. Bak kata orang,
"yesterday is a history, today is a gift, tomorrow is a mystery".
Haa...oleh sebab "yesterday is a history" jom jadikan history tu sebagai pengajaran buat kita. Jangan mudah melatah. Yes..apa yang berlaku disebalik hari semalam mungkin ada hikmahnya. Mungkin ramai akan kata, usah ingat perkara lepas, malah, boleh pulak kata "benda dah lepas, usah dikenang". Hah, salah pemikiran ni. Benda yang lepas lah harus dikenang sebenarnya. Supaya kita tak ulang lagi perkara lalu. Para sejarawan pun ada kata,
"Siapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulanginya"- tak ingat sapa kata. hehe.
Soo..kalau tak mahu benda yang dah lepas berulang lagi, ingat lah. Haha. I mean, belajar lah dari kelemahan lepas. Jangan lupa, semua insan ada kelemahan, tiada siapa yang sempurna di dunia ni.
"Today is a gift". Well, A GIFT. From who? Of course our Merciful, Allah s.w.t. Ecehh...dah tukar pakai english pulak? Haha. Terlebih eksaited pulak. Since it's a gift, we should appreciate it. Bersyukurlah kerana masih ada sini, masih diberi peluang untuk menikmati keindahan. Gunakan segala maklumat atau pengalaman yang kita dah dapat di masa lalu atau dengan kata lain, history untuk memperbaiki diri kita. Jika semalam, kita berjalan dan tanpa sedar kita terjatuh di dalam satu lubang, maka, hari ini jika kita melalui jalan yang sama, biarlah kita sedar, ada lubang yang sedang menunggu mangsa. Dan bila kita sedar, jangan lah biar diri ini terjatuh sekali lagi. Kalau jatuh juga, rasanya layaklah nak di panggil bodoh. Mungkin terlupa akan quote kat atas, lalu dia ulangi balik apa yang dah berlaku semalam.
When it come to mystery, you must know, you must face it. Erk. English lagi. Haha. Takpa lah. Kita pakai rojak, rojak buah. Sedap dimakan, enak rasanya. (>,<) . Ok, sambung,sambung..ahaha.. Bila ianya suatu misteri, kita kena lah explore. Jangan biar dia berlalu macam tu je. Teringat kat satu phrase ni, dia kata;
"Hari ini kita mencipta sejarah, hari esok kita membina masa depan"-tak ingat jugak siapa yang kata. hehe."
Haa...lebih kurang macam tu lah. So, nampak la function gift ni apa,kan? Kalau "semalam adalah sejarah", "hari ini adalah hadiah" maka "hari esok adalah masa depan". Kita perlukan hari ini untuk mencapai masa depan. Tak kira lah sama ada masa depan yang cerah atau pun gelap. Analoginya, hari ini kita berjaya dalam peperiksaan SPM, hari esok insyaAllah kita akan berjaya masuk Universiti, YEAA!!! Haha. Mudah bukan? Dan, tanpa mengingati sejarah, kita mungkin akan menyebabkan kita tersilap melorek jawapan yang salah untuk soalan sama buat kali kedua didalam peperiksaan. Hah, get it??? Easy right? Hehe.
Jadi (dah malas nak taip panjang panjang, :P) tanpa sejarah, siapalah kita, dan haruslah ingat, siapa diri kita hari ini untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang gemilang terbilang. Ecehhh,,buat ayat skematic pulak. Ayat esei bahasa melayu kah? Hahaha. Dan, one more thing, jangan lupa berusaha mencorak masa depan selagi hari ini masih ada. Anda mampu mengubahnya.
"Renung-renungkan dan selamat beramal!"-Prof Izzi.
p/s: maaf, ayat macam formal sikit. haha. mood teringat kat exam bahasa melayu time spm dolu dolu..haha. any comment or suggestion, boleh la tulis kat kotak bawah ni. kat shoutbox kat tepi ni pun ok je. insyaAllah, akan sentiasa berlapang dada. ;)
No comments:
Post a Comment