Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Thursday, November 29, 2012

Happy Birthday to Myself !!! ;)

Assalamualaikum... :)
Hehe..i feel soo lucky today, and i hope it will be never stop. Hehe. Google gave me a very awesome surprise today!!! haha...just now, i open the google and saw the cakes! haha. And when i bring the arrow to the cake, a caption come with words " Happy Birthday Tka!", just like in the picture below. Huh??!!! SURPRISE !!! :"D 

Saturday, November 17, 2012

I'll kill you!!!!

Assalamualaikum ;)

IPK Melaka
Hari ni merupakan hari yang agak bersejarah jugak la untuk aku. Hehe. For the first time aku pergi menembak! Huhahuhahu... Mengunakan Revolvo 4 inci, sasaran ditembak di lapang sasar IPK Melaka.

Tuesday, November 6, 2012

November Dah Datang !!!

Assalamualaikum,
Sedar tak sedar kita dah masuk bulan !!!!!    Hahaha..dah dekat nak akhir tahun dah. Kejap je kan masa berlalu. Alamak, tergedik gedik la pulak aku tengok word "NOVEMBER" kat atas tu..hahaha. Biar lah. Asal dia bahagia. Kahkahkah.

Saturday, October 27, 2012

Hidup biar CONFIDENT !!!

Assalamualaikum semua,
Maaf..dah lama x berblogging..dah berhabuk dah pun belog ni. Hahaha. Nak kata sibuk takde la sebok sangat, cume kekadang, bila nak tulis post baru, takde ilham. Takde idea yang nak dicanangkan lam belog ni. Aishhh.. :(

By the way ( cehhh..skima punya penulisan..nk amik exam ke ape ni??? Haha ) , hari ni tetiba timbul la sedikit ilham tentang diri kita sendiri..bagi aku, seems like motivational entry la.

Take my word:
" do as who you are, let the people say, as long as you didn't disturb their life.." @tkasyraf0001~

Hehe..macam nak bagi ceramah motivasi la pulak rasa..haha. Baiklah mesti korang fahamkan apa maksud ayat tu? Kalau faham bagus lah, maksudnya anda adalah seorang yang celik bahasa inggeris, betul tak? Hehehe. Actually, ayat ni timbul lam kepala otak aku bila aku rasa ramai orang yang selalu mengata aku. Sebok je nak jaga tepi kain orang, sedangkan tepi kain sendiri pun tak terjaga.

" do as who you are "
Bagi aku, bila aku rasa aku nak buat something tu, aku buat je la ikut cara aku. Tapi takde la sampai ketepikan pendapat orang lain, tak boleh la sampai macam tu sekali. Kita boleh terima pendapat orang lain, dengar, tapi bila kita nak buat, kita yang tentukan, jangan sampai kita ikut telunjuk orang lain 100%. Pendapat yang kita terima tu jadikan sebagai rujukan, mana tahu ada yang kita boleh terima. :) . Kita ada cara kita sendiri, sebab kita adalah kita, bukan orang lain.

" let the people say "
Biarkan orang lain mengata. Dalam hidup kita, mesti ada je kritikan yang kita akan terima. Tipu la kalau ada orang cakap yang dia tak pernah terima sebarang kritikan dalam hidup dia, sedangkan Nabi kita sendiri pun selalu kena caci maki oleh musuhnya. Oleh tu, biarkan la mereka yang seronok mengata kita tu terus mengata..biarkan sampai mereka letih. Kita just perlu sabar dengan kerenah mereka, jangan dilayan. Kadang2 apa yang mereka buat semua tu sebenarnya just sebab nak tarik perhatian orang lain and nak tunjuk kita ni lemah depan orang lain. Kita lemah fizikal takpe, lemah emosi, lemah psikologi ke, takpe, asal kita "kuat sabar" terima ujian Allah. Orang selalu mengata kita tu pun sebab Allah nak uji kita jugak. So, bersabar lah. ;)

" as long as you didn't disturb their life "
Bab paling penting, dalam setiap fi'il yang kita buat ni, ada kacau diorang ke sampai diorang perlu kata macam2?? Yang tu kita kena renungkan balik. Kalau apa yang kita buat tu memang dengan sengaja atas sebab nak mengganggu hidup orang lain, wajar la kita terima kritikan2 yang sepadan dengannya. Lain la kalau yang kita ganggu diorang untuk kebaikan, macam berdakwah and sebagainya..ade je tohmahan, tapi kita buat semua tu tuk kebaikan sejagat. Gangguan tuk kebaikan, so, ketepikan segala tohmahan kerana Allah. Bila apa yang kita buat kerana Allah, insyaAllah, Dia sentiasa ada untuk support kita dari setiap sudut. ;)

So, akhir kalam, jangan la rasa terlalu low dalam hidup. Confident level tu biar tinggi, jangan sampai kita hidup bawah jari telunjuk orang lain sangat. Telunjuk diorang hanya untuk membantu, bukan menentukan cara hidup kita.
Harap anda;pembaca sekalian dapat mengambil segala yang disampaikan dari sudur positif, and kalau ada tersilap tatabahasa, budi bicara, sejuta maaf mohon diampun. Kalau segala yang tercalit tidak dapat difahami, hehe..tu antara kelemahan ak dalam penulisan. Sebab tu BM dapat A biasa je time SPM. Sekian, terima kasih. :)

Waallahuallam.

#xlupa kpda bakal menduduki SpM thun ni, Gud Luck ye adik2. And, harap belum terlambat tuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kpda umat islam seluruh dunia. ;)

Saturday, September 22, 2012

Food Biotech's FamilyDay



Assalamualaikum semua..hehe...

Lama tak update blog, so hari ni ak ad la sedikit cerita untuk dikongsikan. Menarik ke tak...terpulang kepada anda lah, takkan ak nak komen cerita ak sendri. Hehe. Actually ni adalah pengalaman yang ak dapat hari ni.. Bersama senior2 food biotech..

Macam yang ditulis pada tajuk, hari ni kitorang adakan 'Food Biotech Family Day'. Seriously happy giler...bagi ak, rugi la kalo ada yang tak datang tadi. Semua dalam 200 lebih tak silap ak..termasuk senior2. Aktiviti ni diurus by senior year 2, and tempat dia kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Tempat yang sesuai sangat tuk aktiviti macam yang kitorang buat ni. Semua lengkap, tapi kitorang tak main semua aktiviti yang dia sediakan..kitorang buat sendri punya games..nak jimat la skit..hehe..

Aktiviti yang kitorang buat ni best jugak la..terkejar sana sini, and yang paling penting, mesti ada yang akan sakit perut. Hahaha. Kenapa??? Baca sampai bawah la..hehe. Ok, kitorang main games yang ala-ala tv gameshow yang famous kat mana2 la sekarang ni. Ala, games yang orang korea buat tuu...haaha...tahu kan? Yesss!!! "RunningMan"!!! Haha.. Tapi tak semua sama macam gameshow tu..


Tapi games yang kami main ni, dia kene dapatkan check point, n kat setiap check point tu kene la buat apa2 yang patut. And, kat checkpoint tu la ad yang macam dalam runningman..hoho..contoh, mcam episod runningman kat thailand, 4 org kne tgok satu suku kata then jerit sekaligus setiap suku kata kat kawan2 dia yang lain. Kawan2 tu kene sambung  suku kata tu jadi perkataan then baru dapat checkpoint. Ada byak lagi, mcam dia suruh pilih 2 no, pastu kene minum air yang dicampur..kira macam 2 dalam 1 la. Tapi lidah ak sensitif, minum sikit je, dah tau dah rasa apa. Haha. Ada y sampai kene masuk lam kolam la. And, pasal y sakit perut tu sebab dia suruh minum air sirap + air garam ! Adoyai, masin giler!!! Tapi naseb ada senior yang "suke" minum air tu. So dia la yang tolong habiskan. Hehe.

Lepas habis game tu kami rehat2, makan minum solat segala bagai la.. Then sambung pulak dengan aktiviti berakit!!! Yeah!!! Tapi before berakit tu, kami diajar "Boyouncy Confident"(eh,betul ke ak eje boyouncy tu?? haha...lantak la) and ... (x ingat nama ap). Kami kene pakai jeket keselamatan then masuk lam kolam, yang BC tu dia ajar macam mna nak terapung dengan baik dgan jaket tu..then y x tau apa nama tu, dia ajar ala-ala rebah kan diri dari darat then jatuh dalam kolam dari belakang. Ala, yang macam nk pi menyelam kat laut tu. Paham2 je la..imagine sendri. Haha. Yang ak sure, aktiviti yang jatuh lam kolam tu memang best giler!!! Nak buat lagi !!! Hahaha. Then lepas tu baru kami main rakit..pakai pelampung and papan.. Penat siot..dah la kayuh pakai tangan, x cukup pendayung. Haha.

After budak laki main rakit semua tu, kami bagi chance budak perempuan pulak. Takkan nak buat skali..tak cukup la rakit. So, kami tinggalkan gegurls, kami pi MANDI SUNGAI !!! Hoyeahhh!!! Haha..


Sampai la petang sikit, kami naik balik and solat asar..then majlis penutup. Dan group ak, group 11, dapat JOHAN beb!!! Terbaik!! Terima kasih ahli2 kumpulan 11, senior2 yang sporting..hehe. Dah dapat hadiah, apa lagi, ambik gambar! Sebelum balik ann.. Ramai2 ngan senior.. Sumpah ak cakap senior ak memang sporting!!! Sampai ak pun buat muka tak malu jugak, x macam dulu2. Hehe. Lepas siap bergambar baru balik. Sehari pun cukup tuk dijadikan kenangan terindah.


Well, panjang lebar ak menulis..harap enjoy reading la. Hehe.. And, thanks sebab sudi baca. Anyway, komen la sikit. Jadikan apa yang ada lam hati tu komen pun takpe. Hehe. So, time to go! Penat, nak tidur dulu. Assalamualaikum. ^_^
My Classmates 







Wednesday, September 5, 2012

Minggu Ta'aruf Di USIM, Simply Inspiring.

Assalamualaikum sohabat2 . ;-)

Hari ni baru aku rasa lega sikit. Hilang dah segala kepenatan yang melampau ni setelah sekian lama. Huhu. Kenapa penat? Buat apa? Huhu. Penat la melalui sesi minggu ta'aruf kat USIM ni. Kalau nak diikutkan sebenarnya, memang kat mana2 pun yang buat minggu ta'aruf aka minggu orientasi ni penat. Apa taknye...jadual pack giler. Tak sempat pun nak tidur atas katil tuk 8 jam. Huhu. Terpaksa qada' balik tidur tu atas kusi time sesi taklimat yang panjang lebar. Huhu. Tak lena la beb. x-(

Lagi lagi tuk mahasiswa USIM  yang stay KK1, terpaksa berjalan kaki nak pi stadium tertutup nilai coz semua aktiviti buat kat situ. Huhu. Berapa kilometer ntah. Memang bakar lemak habis la. Huhu. Tapi yang aku peliknye, tadi, masa aku timbang berat tuk ujian fizikal nak masuk SUKSIS (sukarelawan siswa/i) , berat ak lagi tinggi dari biasa la pulak. Habis aku jalan kaki sejauh berkilo-kilometer selama 5 hari ni, bakar lemak ke tumbuh lemak??? (-_-")
Tapi takpe la, bagus jugak, lama dah berat aku tak naik. Hehe.

Sepanjang minggu ta'aruf ni, aku akui la, memang best gile! Program yang dia buat memang membina semangat betoi la. Pesanan2 dari prof2, senior2, fasi2..memang membangkit semangat la. Buat aku rasa macam masuk USIM ni memang satu pilihan yang tepat! Dulu rasa macam takut2 je nak masuk USIM, sebab aku pikir aku lemah bab agama, tapi bila dah dengar pesanan diorang, tetiba je mood agama tu masyuk lam jiwa aku. Salah satu yang akan aku ingat sampai bila bila, insyaallah ialah, bila fasi tanya "Siapa bagi kekuatan???!!!", pastu kitorang jawab ramai2, "ALLAH!!!!". Gema satu stadium. Semangat ! Pastu ada ketua PALAPES bagitau, "Let make the differences!". Perghh ! Terus aku pikir nak masuk PALAPES, tapi dilema sikit, takut aktiviti dia berat sangat. Takut jugak, bully2 ke...huhu. Sebab tu la aku tak masuk, daftar nak msuk SUKSIS je la. Hehe.

Sebut pasal PALAPES ni, ada satu keje diorang yang buat aku lemah jantung. Huhu. Ada ke patut diorang main tembak menembak and bom mengebom dalam stadium tertutup tu semata mata nak buat gimik? Perghh. Dah la tetiba je bunyi tembakan, pastu ada lelaki masuk pakai ala2 komunis gitu, pegang senapang, tembak kat atas, then tarik student USIM. Huhu. Dah macam betol2 dah. Sakit telinga kot dengar bom and tembakan tu. Then datang la budak2 PALAPES USIM tolong selamatkan budak yang kene tarik tu. Haha. Gimik paling gempak kot! Nampak api keluar dari senapang tu. Hish... Tembus gak badan kene peluru tu kang. Huhu.

Kat bawah ni ada gambar peluru antara yang dilepaskan. Huhu. Ok la, sesi ta'aruf pun dah selesai, and aku pun dah penat. So, lain kali kita bersua lagi ye. ;)

p/s: sapa2 yang bakal nak masuk u jugak nanti, tak kira la sesi brapa pun, pilih la USIM, kalau dah dapat, itu peluang anda tuk seimbangkan antara ilmu dunia ngan akhirat. ingat, kat dunia ni sementara je. "Let make the differences!!!"


Saturday, September 1, 2012

Selamat datang warga baru.

Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak aku jadi warga usim. Huhuhu. Teruja kot. Hehee.

Tadi masa nak daftar, rasa cuak giler!!! Huhh. Tengok students len, sume hebat2. Rasa cam kecik la pulak diri ni. Huhu. Mula2 td terkapai kapai gak nak cari tempat daftar ape.. Lepas tu naseb baik la ada ramai seniors yang baik hati sudi tolong bagi tunjuk jalan. Hehe.

Lepas daftar tu, kitorang satu family naik bas USIM tuk ke kolej kediaman. Huhuhu. Pihak USIM x bagi parents bawak masuk keta k kolej kediaman. Maybe sebab xnak bagi crowded kat dalam tu kot.

Nasib baik ak datang awal, so ak yang first sampai lam bilik aku, and boleh la pilih y mana aku nak. Hehe. Lepas je kemas barang and cop katil segala bagai, kitorang balik semula. Hehehe. Ak balik la umah akak ak. Dekat je. Pihak USIM x kesah pun. Hehehe. Lagi pun ,malam ni baru start program. So, nanti petang la ak check in balik. Hehehe.

So, sampai situ je dulu. Owh, malasnye nak masuk minggu orientasi. Penat. Ok la, assalamualaikum. ^_~

P/s; sorry, x banyak gambar. X sempat derr...




Friday, August 31, 2012

Hari-hari Terakhir Seorang Penganggur

assalamualaikum semua,
Dah lame giler x update blog. huhuhu. xde mood.

hari ni pun ak update blog ni as last day jadi penanam anggur bertauliah. hoho.

esok aku akan daftarkan diri aku as new student di USIM. hohoho. kawan ak cakap nanti aku jadi "ustaz profesional" la. huhuhu. ape xnye, dah study agama je tahun 1 n 2, tahun 3 n 4 baru tekan bahagian sains. tapi aku tak mengharap sangat pun nak jadi ustaz. aku ni orang biasa2 je. x pandai sangat bab2 agama ni. huhuhu.

sekarang ni baru sampai kat umah akak aku kat sepang, kire dekat la ngan USIM. boleh la aku balik tiap-tiap hujung nanti. hehehe. ni bukan sebab manje tau, tp sebab dah dekat, kire rezeki aku la boleh balik tiap-tiap minggu. mwehehe.

btw, aku stop kat sini dulu la, insyaallah esok, lepas daftar, aku update lagi. nak tunjuk tempat baru aku. hehehe.


Wednesday, August 15, 2012

Terawikh Ekspresss!!!!

Hangat hangat!!! Huhuhu..fuhhh...(amek nafas jap)
Ok, Assalamualaikum semua. Hehe. Ape yang hangat??? Camni, baru tadi aku blogwalking kat satu blog tu, terkejut la jugak. Pasai apa?? Pasal terawih. (-_-")

Apa yang pelik??

Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei & Olimpik 2012

Assalamualaikum suma..
Hari ni suma orang rasa sedeyh kowt. Napa?? Yela... Dah Chong Wei tak dapat bawak balik pingat emas Olimpik. 

Yess..aku pun terkilan gak, tapi aku tak kesah la sangat, dah takdak rezeki Malaysia. Kesian kat Dato' LCW, dia pulak jadi mangsa. Sebelum Olimpik, dia dah la stress. Banyak tekanan. Sekarang, bila LCW kalah, ada gak segelintir nak marah2 dia. Ape ni? Takdak semangat kesukanan la. Menang kalah tu adat permainan la. Yang suka ngutuk2 LCW sebab kalah ngan Lin Dan tu, cuba hang pi lawan Lin Dan sendiri. Kalah ka menang? Nak lawan LCW pun dah semput. 

Thursday, August 2, 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Assalamualaikum ya sahabat..
Tengok tajuk kat atas??? What do you feel right now? Nervous. Tak taw nak cakap apa. Speechless (eh, sma je ngan tak taw nak cakap apa. haha ). Cheq taknak cakap apa apa dah. Hangpa sume bace la. Baca dengan teliti ya suma..

Saturday, July 21, 2012

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR

Assalamualaikum,,,nak tanye sikit, ada tak kawan2 korang susah nak bangun sahur pagi tadi??? Korang sendiri ke...mana tahu la kan.. Ni ak nak share kan tip2 sikit. InsyaAllah, sedar je lepas gune tip ni tuk kejutkan kawan2 or adk korang. Hehehe.




Ramadhan Datang Lagi ! ! !

Assalamulaikum... :)

Nampaknye hari ni dah masuk bulan Ramadhan. So, kepada sume umat islam kat seluruh dunia, di sini aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak". Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni lebih meriah dengan aktiviti2 ibadah, pastinya. 

Thursday, July 19, 2012

Kuali Pengajaran ;)

Hari ni goreng homemade punyer daging burger. Abis hitam kuali leper mak aku ni. Hehehe. Kene gosok betol2 ni. Ala ala macam lagu Tam Spider nyanyi tu, "gosok, jangan x gosok! biar sampai berkilattt...lalala~". Hahaha. Kan dah menyanyi sorang2 plak aku ni. Hehehe. Taw la suara tu iras2 Maher Zain. Hahaha. Perasan! :P

Usai je mkan burger kenyang2...terus amek kuali, hadap sinki. Hitamnye kuali ni. Xpe la, bersihkan je bahagian dlam, bahagian bawah tu bkannye guna letak makan time menggoreng, so biar lah. Tengah syok2 bersihkan kuali tu, tetiba, nampak ade kilau2 kat bahagian tepi kuali dicelah celah jelaga itam yang tebal tu. Aish, ntah la kenapa rasa mcam nak gosok sampai sume bahagian tepi kuali jadi berkilat jugak, buang semua jelaga tu.

When I'm With Him

Fatima puts in her books in the locker. She looks at something which is pasted on the inside of her locker door and smiled. Her friend, Anis, sees her smiling from afar. Out of curiosity, Anis walks up to Fatima to check out what she was smiling about.

Tuesday, July 17, 2012

My First Homemade Burger !!!

Assalamualaikum...
:)
Hari ni nk share skit usaha anak teruna kat dapur. Hahaha . Bosan sangat duk rumah, tengok, dah pandai masuk dapur dah. Actually, dah lame simpan hasrat ni,,,lg2 lepas tengok Dato' Fazlee jadi juara MasterChef Selebriti Malaysia. Hebattt siottt! Memang solute habis la.

Nah kat bawah nie ak nak bangge sket. Sape cakap ak taw makan aje/ Hahaha. Ni aku share homemade berger, buatan air tangan ak sendiri. Hahaha.

Monday, July 16, 2012

UAI datang Besut !!!

Assalamualaikum,,, :)
Haaa..hari ni aku nak share skit la photo event yang aku ikut mase cuti nie..hehehe.. Ni ha, program Santai Bersama Daie Sejuta Ummat, Ustaz Azhar Idrus. Wahhh,,, teruja kowt, dapat tengok live depan mata, pakai dua2 biji mata kepala aku sendiri, eh, bkan, tmbah 2 bijik lg... Jadi berapa ek? 2+2=..4. Hah, 4 mata. heheeh.

Tgok la gambo2 kat bawah,,x nak cakap bnyak, sebab setiap gambar, ada cerita.. :)

Sunday, July 15, 2012

Kenapa berpurdah?

Assalamualaikum sahabat,,
sebelum memulakn bicara, izinkan ak, :) tuk bercakap tentang purdah dari golongan hawa. Tak salahkan kalau seorang lelaki ingin becakap tentang purdah, yakni y hanya dipakai oleh kaum hawa? so, kalau saya tersilap bicara, terlanjur kata, saya mohon maaf la ye.

Friday, July 13, 2012

USiM,,,I'm coming!!!!

Assalamualaikum n selamat sejahtera semua,
lama x update blog...banyak masalah sket sejak kebelakangan ni. Sibuk. Ye la, banyak perkara penting just happened. Dan, terbaru UPU Result. Huuhu..cuak giler mase nak check td. Tp,,nseb baik la ak stay d trima msuk U. Dan kali ni ak dapat sambung USIM plak. Mula2 x kisah sangat sebab dpat masuk USIM, tp bile tgok kos y dia tawarkan tu...ADOYAIIII !!! -_-" x taw nak ckap apa... Redho je la..

Monday, May 21, 2012

Mahamahu.com anda Mahu 2012


SLOGAN :
 Aku Mahu join Maha sebab Mahu hadiah yang Maha gempak dan selalu berdoa Mahu yang terbaik dari Maha Esa, semoga apa yang aku Mahu dikabulkan Maha Esa.


 sapa2 yang nak join, boleh la klik pada banner kat bawah ni :

sekian terima kasih.

Kemaskini UPU Bagi Lepasan Matrikulasi/PASUM/Asasi UiTM sesi Akademik 2012/2013

Heyp, sebelom terlupa...tuk student lpasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM, UPU Fasa 2
akan dibuka bermula 26 Mei 2012 ni pada pukul 12.00 tengah hari and akan ditutup semula pada 02 Jun 2012 at laman web upu.mohe.gov.my .

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSPM PST & PDT SEMESTER II SESI 2011/2012

Salam khabar buat sahabat-sahabat semua. Setelah lama x buat post, hari ni ak nak post sal result matrikulasi. So, post ni lebih tertuju tuk sahabat matriks la. BTW, gud luck semua. Harap result kita semua GEMPAK2 eah!!!

PENGUMUMAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II, SESI 2011/2012

Wednesday, May 9, 2012

Kes wanita pukul bayi...Memang tak berperikemanusiaan!

Subhanallah, terkedu aku seketika tengok satu video tu. Ada kat fb. Layakkah dia......ahhh... Sebak. Bila menonton video tadi, aku terbayang wajah anak2 saudara aku yang baya bayi dalam video tersebut. Takut mereka diperlakukan perkara yang sama.

Kalau boleh nak je aku masukkan video tu kat lam post ni, tapi bila ada sesetengah pendapat kata bahwa xyah la tunjuk video ni. Tak perlu la nk sebar2 kan sebab takut bertambah dosa penonton dan juga penyebar video tu. Apa taknye, dah la video tu boleh membangkitkan kemarahan orang lain, nanti ada pulak yang mengeji perempuan tu, marah, melepaskan geram, than mencarut, menyumpah segalabagai. Selain tu, dalam video tu pun ada aurat yang terdedah. So, semakin sebar semakin bertambah pulak dosa. Penonton boleh dapat dosa melihay aurat wanita, manakala, penyebar dapat dosa mengaibkan orang lain. So, kalau betul2 rasa nak tengok video tu, cari la sendiri samada kat fb or youtube.

Aku memang sakit hati lagi ni ( padahnye tengok video y memang menyakitkan hati ) . Time aku tengok video tu, takut, marah yang meluap-luap, ape taknye, takut kalau perkara macam ni berlaku dalam keluarga aku. Marah sebab perempuan tu ***** sangat! Dah la yang tukang rakam tu rakam je, mulut da oke bagi nasihat, "sudah la tu", time perempuan tu pukul anak/adik/whatelse yang berkemungkinan la, tapi kenapa tak halang je perempuan tu? Rakam jugak. Nak pakai perkataan "kalau" sket, kalau la aku ada dalam video tu, perghh, sumpah aku amik je bayi tu then bawak pi hospital or tenangkan bayi tu. Tak sanggup kowt dengar bayi tu nanges teresak-esak.

Dah la, tanak tulis lagi sal ni. Kang lagi banyak aku merapu. BTW, aku rayu la kat sume parents yang ada anak tu, jaga la anak kome baik2 ye. Biarlah meyakitkan hati bila dengar bayi tu nanges, tapi jangan la pukul sampai budak tu dah umur belasan tahun. CUKUP! Tak sanggup lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, May 8, 2012

Kenangan I : Primary School

Kadang-kadang, bila dah jadi penganggur tak bertauliah ni, tak tau nak buat apa. Keje part-time? Hu... Teringin, tapi mendapat tentangan keluarga. Lagipun sekarang ni stay umah kakak dulu, sementara majlis akad nikah abang kat Johor ni selesai, baru berangkat pulang ke negeri tanah tumpahnya darahku ( dah macam budak sastera la pulak, hahaha ) . Baiklah, so, bila akak and abang ipar aku pergi keje, apa je yang aku boleh buat? Nak pergi jalan2? Memang takkk la, takde transport la. :( . So, akibat kepuasan dah melebihi luar petala, jadi anak dara la aku kejap. Luangkan masa kemas umah, basuh pinggan and lain2 ( lipat baju aku tak buat sebab akak aku banyak baju kurung and aku tak pandai nak lipat, so aku terus lipat je la. hahaha ) .

Monday, May 7, 2012

Keputusan Permohonan UPU ( Lepasan SPM 2011)

Assalamualaikum, hai buat adek2 SpM... Mungkin ak lambat sikit post tuk sal keputusan permohonan UpU ni. Kepada yang berjaya seperti apa yang dia nak tu, tahniah diucapkan. And kepada yang tak berjaya, takpe, jangan risau, mgkin ade hikmah disebaliknye. Dulu ak pun tak dpat jugak, tapi still dapat sambung belajar lagi, malah, dah abis pun tuk pra-U. Nak tunggu masuk ijazah pulak. Always think positive kay...

Tuk yang masih terpinga-pinga lagi, tak tahu nak check katne, ni aku cube tolong..


ATAU melalui SMS......Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888


Boleh check start pukul 12.00 tengah hari pada 7 Mei 2012.

Semoga berjaya !!!

Sunday, May 6, 2012

BagaimAna naK maiNtainkn perAsaan CintA ?

Assalamualaikum.. Hari ni ak nk share dari Hilal Asyraf skali lg. Beliau ade trime satu mesej, dri someone y susah nk kekalkan cinta dya kat sorg gadis. Mesej nya berbunyi begini :

 "Bagaimana anda maintain perasaan cinta anda kepada orang yang anda cintai? Sebab saya asyik tak kekal mencintai seseorang. Wujud perasaan cinta, kemudian tidak lama lepas itu, hilang."

Menarik bukan??? Aku rasa, ramai y mempunyai masalah y sama mcam individu y bertanya Hilal Asyraf ni. Tersebut adalah jawapan y di berikan oleh Hilal Asyraf y aku kira, dye menjawabnye dgan tenang skali. Jom bace.

Saturday, May 5, 2012

Kenangan bersama lectre ter"faVorate"

Assalamualaikum, hari ni ak nk share skit la sal kenangan matrikulasi. Yela, memandangkan da genap seminggu ak tinggalkan matrik ak. :) Tapi ak just nk share lecture je..hehehe. Lect kesayangan.. Dyorang la guru2 terbaik... Aku nk cakap byak pun x taw sgt nk ckap ape, so just lyan pict y ak sertakan ngan nota kaki sket. Hehehe.

Wednesday, May 2, 2012

MukakU Di MukaBuku...


Pada gambar-gambar mereka , tertulis ,

"Aku hanya insan biasa" .
"Tak cantik pun" .
"Alah , biase2 jerk :p" .

Sambil-sambil mereka membuat memek muka yang bermacam . Sambil-sambil aurat itu dipamerkan .

Memang anda insan biasa pun . Wanita yang luar biasa dan hebat tak buat macam tu . Memang anda tak cantik pun . Wanita yang cantik adalah wanita yang menjaga auratnya dengan baik . Sekian. 

credit to~akhi Hafiz Affandi. :)

Sunday, April 29, 2012

BERSIH Ooo... BerSiH...

Assalamualaikum,

Semalam da kecoh pasal BERSIH 3.0 . Aku dengar brita pun, 20 mnit, sume pasal BERSIH je. Kalau sume brite tu benar x pe la gak an, tp klau ade unsur berat sebelah tu, wallahuallam la.Actually ak x taw ape pun sal BERSIH ni, n ak rase ak x nak amek taw lagi la sal mende ni coz ak x rase cam x sesuai lg nk pikir politik. Tunggu 2 thun lg la. Ape y aku taw, BERSIH ni dibuat bcoz knonnye ade unsur penipuan lam PR. Btol ke? Ak x mboh buat fitnah, kang besau dose ak dapat x pasal2.

Bek la, kat sini ak nak kongsi pendapat Hilal Asyraf, penulis buku, ala...macam la korang x kenal..xpe la, bace la kalo x kenal pun. Pendapat die mmg patut dibaca. Panjang sikit, mintak luangkan la mase sket ea...

Selamat membaca ^^,

---------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.

Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat anda pula bagaimana??? 
Terima kasih sbb sudi mmbaca. (^,^)
 
 

Friday, April 27, 2012

Hari Belia 2012 !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume!!!!


Waahhh...lame nye rase x menulis...maklum la, slama ni sibuk dgan homework. Huhuhu. Namun, bermula hari ni, AKU BEBAS, AKU BEBAS DARI HOMEWORK! AK BEBAS DARI PERATURAN KOLEJ!! AKU SUDAH BEBAS!!! AKU BEBAS DARI SGELE-GELENYE!!!!!! hehehe. Maklum la, bru tamat pengajian kat program matrikulasi...hehehe. Kejap je rase. 
_____________________________________________________________________


Oke la, the direct to the main point. Hari Belia 2012. Entry hari ni aku nak share about Hari Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) ni adlah tuk bagi pnghargaan kepada sume belia negara yang tlah bagi sumbangan besar pada negara. 


Dikatakan sambutan kali ni akn dihadiri hapir DUA JUTA belia dari seluruh negara, dan insyaallah, alang2 ak pun da start cuti ni, aku pun maybe akan join jugak. Rugi doe kalo x pegi, banyak aktiviti yang akan diadakan khas tuk belia mcam kita ni, cth nye ada exhibition, peluang pekerjaan, pertunjukan, persembahan2 menarik pun ada gak. And, tuk penggemar KPOP!, aku dgar akan ada gak persembahan dari kumpulan KPop yang datang dari Korea Selatan. Kumpulan mana??? Tu aku x taw la. Pegi dlu, pastu, taw la kumplan mana. Hehehe...


Bagi yang nak merasai kemeriahan Hari Belia 2012, boleh la ikuti maklumat kat bawah:



Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
Tempat : Dataran Putrajaya
Hari : Rabu – Ahad
Masa : 9.00pg – 5.00ptg


Untuk maklumat lanjut, boleh la like and visit page kat bwah ni:



Okela, insyaAllah, jumpa kat sana!!! Sama2 meriahkan Hari Belia 2012!!!

Sunday, April 1, 2012

Projek Amal Blogger

Assalamualaikum rakan rakan blogger sekalian,

  hari ni aku nak share sikit sal "Projek Amal Blogger". Projek ni di anjurkan
oleh admin Mah@Mahu. Aku da join, tapi takde idea lg tuk projek ni. So kat sini aku nak ajak la ramai ramai jom join skali. Sebagai blogger, ape salahnye kalau kita sumbangkan sedikit idea tuk jalankan aktiviti amal ni. At least, bila kita ikhlas, dapat gak pahala walaupun x seberapa. Kalau nak join,
anda bolehla daftar kat cini---->(klik gambar)

Thursday, March 29, 2012

Yang Terindah & Yang Terbaik : Kahwin Muda

Setelah sekian lama tak update blog, hari terbuka hati untuk berkongsi artikel ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian. Yang baik, kita ambil. Yang tak baik, kita tinggalkan.

Baca, faham & amal2kan. ^^,v
__________________________________________________________________


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 10, 2012

Rezeki dari Dia Yang Maha Pemurah :)

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak up date blog ni. Walaupun blog ni x menarik, x apa. Asal kita x hati ini dapat berkongsi cerita dari hati. 

Gambar hiasan
Hari ni aku bersyukur sangat, tak tahu la kenapa Dia murahkan rezeki ni. Dalam satu mggu ni, almari aku y selalu kosong dari makanan tetibe je penuh sekelip mata tanpa mengeluarkan sedikit pun wang. Asalnya begini, semalam aku dapat hadiah, sebagai pemenang tempat kedua dlam pertandingan khat sempena college islamic festival. Kemenangan ni ak x expect langsung pun. Dah la masuk tu free je, xde yuran pembayaran, then bila da menang, satu hamper besar dapat untuk aku sorang. Perghhh. Syukur.

Hari ni mkanan dalam hamper tu x habis pun lagi. Ingat nak simpan la, xkan da dapat terus nk habiskan dalam sehari. Nampak sangat gelojohnye tu. Lepas tu, baru je tadi tunang abang aku datang melawat sebab nak amik kain sampin untk majlis pertunangan dia ngan abang aku, dia bagi bekalan makanan lagi. Syukur. Boley la ak buat bekalan sampai abis matrik ni. Hehehe. Xde la, kang tamat tempoh makanan tu sume baru rugi. Hahaha.

Okey la, tu je tuk hari ni. Thanks for reading. :)

Wednesday, March 7, 2012

Malam Inovasi Kesenian Islam (the greast event of my life till today :))

Assalamualaikum, hehehe. :) Hari yang indah bukan? haha, suke sangat. Hari ni nak share skit sal event y telah berlalu since 2 March ago. Event y mmg ditunggu tunggu. Hahaha. Sori la coz lambat nk update, ni pun coz kesempitan waktu. But today, da berjaya la curik skit waktu study tu. Hehehe. Xpe, mggu ni ak demam mende ni je. Lame2 6t hilang la.

Ok, straight to da point, 02 March ae tu da berlgsungnye Malam Inovasi Kesenian Islam (MIKI) at Kolej Matrikulasi Melaka, and...and...and....ade tetamu khas. hehehe. Iaitu satu kumpulan nasyid y unique sekali. Hahaha. Bile da sebut unique tu, rase nye tentu la da boleh guess kan?? hahaha, mesti la UNIC and of coz ak xkan melepasan peluang ni. Ekekeke. ;P Malam tu meriah sangat, meriah tahap gaban la! Pergh, alunan melodi dye, mengasyikkan sgat.

Sekarang ni, kumpulan dye da tinggal 3 org je, saudara Fazli, Fakrulrazi and Faiz (kalo clap tulis, sori ea, mohon diampun.) . And yng paling buat ak SUKECITE nye, hahaha, ak berjaya la amek gambar ngan one of them. Rase cam bertuah giler. hahaha. Dah la esok tu repeat MUET, x study, mlah p konsert tu plak. hahaha. Da time MUET, tringat time ak amek gambar je, hahaha. Tapi rase cam tenang je jwab MUET. :P Saudara Fakhrulrazi da doakan kot. Hahaha.

Eh, kla, time to go. Tengok la pic y sempat amek malam tu kat bwah.


Poster UNIC dengan signature skali. :)

y ni ak x ngat la name ape. hehehe. sori :)

y nie fazli kot, dye org lame. :)

y ni asal dari AQ, Fakhrul Razi. :)

saudara Fakrul tgah mencari 'mangse'. :)

UNIC terima penghargaan sbb sudi datng buat persembahan. Thanx. :)

sesi autograph. :)

heehehe, thats me with saudara Fakhrul Razi. THUMS UP !

'peace'. :)

last, penonton muslimah bertuah y dapat tangkap pict ngan dyorang "tnpa gangguan". hahaha.
 Thats all for today. Thanks for visiting. Assalamualaikum. :)

Like Sikit ;)