Assalamualaikum sohabat2 . ;-)
Hari ni baru aku rasa lega sikit. Hilang dah segala kepenatan yang melampau ni setelah sekian lama. Huhu. Kenapa penat? Buat apa? Huhu. Penat la melalui sesi minggu ta'aruf kat USIM ni. Kalau nak diikutkan sebenarnya, memang kat mana2 pun yang buat minggu ta'aruf aka minggu orientasi ni penat. Apa taknye...jadual pack giler. Tak sempat pun nak tidur atas katil tuk 8 jam. Huhu. Terpaksa qada' balik tidur tu atas kusi time sesi taklimat yang panjang lebar. Huhu. Tak lena la beb. x-(
Lagi lagi tuk mahasiswa USIM yang stay KK1, terpaksa berjalan kaki nak pi stadium tertutup nilai coz semua aktiviti buat kat situ. Huhu. Berapa kilometer ntah. Memang bakar lemak habis la. Huhu. Tapi yang aku peliknye, tadi, masa aku timbang berat tuk ujian fizikal nak masuk SUKSIS (sukarelawan siswa/i) , berat ak lagi tinggi dari biasa la pulak. Habis aku jalan kaki sejauh berkilo-kilometer selama 5 hari ni, bakar lemak ke tumbuh lemak??? (-_-")
Tapi takpe la, bagus jugak, lama dah berat aku tak naik. Hehe.
Sepanjang minggu ta'aruf ni, aku akui la, memang best gile! Program yang dia buat memang membina semangat betoi la. Pesanan2 dari prof2, senior2, fasi2..memang membangkit semangat la. Buat aku rasa macam masuk USIM ni memang satu pilihan yang tepat! Dulu rasa macam takut2 je nak masuk USIM, sebab aku pikir aku lemah bab agama, tapi bila dah dengar pesanan diorang, tetiba je mood agama tu masyuk lam jiwa aku. Salah satu yang akan aku ingat sampai bila bila, insyaallah ialah, bila fasi tanya "Siapa bagi kekuatan???!!!", pastu kitorang jawab ramai2, "ALLAH!!!!". Gema satu stadium. Semangat ! Pastu ada ketua PALAPES bagitau, "Let make the differences!". Perghh ! Terus aku pikir nak masuk PALAPES, tapi dilema sikit, takut aktiviti dia berat sangat. Takut jugak, bully2 ke...huhu. Sebab tu la aku tak masuk, daftar nak msuk SUKSIS je la. Hehe.
Sebut pasal PALAPES ni, ada satu keje diorang yang buat aku lemah jantung. Huhu. Ada ke patut diorang main tembak menembak and bom mengebom dalam stadium tertutup tu semata mata nak buat gimik? Perghh. Dah la tetiba je bunyi tembakan, pastu ada lelaki masuk pakai ala2 komunis gitu, pegang senapang, tembak kat atas, then tarik student USIM. Huhu. Dah macam betol2 dah. Sakit telinga kot dengar bom and tembakan tu. Then datang la budak2 PALAPES USIM tolong selamatkan budak yang kene tarik tu. Haha. Gimik paling gempak kot! Nampak api keluar dari senapang tu. Hish... Tembus gak badan kene peluru tu kang. Huhu.
Kat bawah ni ada gambar peluru antara yang dilepaskan. Huhu. Ok la, sesi ta'aruf pun dah selesai, and aku pun dah penat. So, lain kali kita bersua lagi ye. ;)
p/s: sapa2 yang bakal nak masuk u jugak nanti, tak kira la sesi brapa pun, pilih la USIM, kalau dah dapat, itu peluang anda tuk seimbangkan antara ilmu dunia ngan akhirat. ingat, kat dunia ni sementara je. "Let make the differences!!!"
No comments:
Post a Comment