Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Thursday, January 31, 2013

Sakit tapi Sabar lah...

Hai Assalamualaikum.. =)
Semalam terlepas nak post, tertidur (eleh, bajet, macam la ada orang nak baca sangat tulisan aku yang ntah apa apa ni..kan, kan, kan??) ..kuakuakua..dakpe lah, sape sudi bace sila lah bace, sape yang tak sudi, pun , xpe lah...main jauh jauh. Aku nak menulis kat sini pun saje je, just sebab aku ni suka bercerita segala pasal aku, and aku tahu, kawan kawan aku pun dah penat nak dengor tiap tiap hari, so, website ni la jadi mangsa aku. HAHAHA.
By the wey, semalam and hari ni aku rasa penat sangat. Sebab tu semalam aku tertidur awal, and, malam ni, aku dapat bertahan la sikit. Hehehe. It's just like the new life is begin! (eh, betul ke ayat aku ni? lantak lah, dah penat main ngan grammar td) Hehehe. Semalam, aku start main tennis. Kihkihkih. Sebelom ni skali je aku pernah pegang raket tennis, and this's second time..Hahaha..So tahu tahu lah. Terkejar kejar lah aku nak pukul bola tu. Puihh...letih gile siot. Then, abis sakit bahu aku ni duk menghayun raket tu. Pukul nye tak kena sangat pun. Haahaha. Tapi rasa macam puas hati la, well, dapat gak rasa game baru, even aku dah penah try main tennis time study kat matrik dulu. And, what I wonder, why must it happen every last day?. Maksud aku, masa kat matrik, hari hari sebelom exam and sebelom cuti la aku main mende alah ni, and this time, time cuti sem jugak la aku nak main. Ish ish ish. 

Step by step

Nah, even aku tak pandai main tennis, aku still lagi boleh main, take it step by step, tak pandai, blajar. Jangan tamak. :D

The Other Sides of Suffering

Memang susah tuk mulakan sesuatu yang diluar kebiasaan kita, dalam melakukan sesuatu yang baru, memang sakit. Tapi kita just kena lebih berusaha biarlah sakit, sebab disebalik kesakitan tu, kita akan dapat sesuatu yang kita usahakan. 

Oke lah, gotta go! See ya! ;)

p/s: gambar gambar yang jadi background tu adalah diambil di USIM ya..time aku main tennis. Hehehe. Promote USIM sket. Kekeke. 

Tuesday, January 29, 2013

Ketagih Cinta ...? Hahaha.

Aduh, baru semalam call dia, then petang tadi dia punya boyfriend dah hantar mesej kat Facebook. Hahaha. Dah la main tuduh tuduh aku. Cakap aku nak ngorat awek dia la. Ish ish ish...geleng kepala. Hahaha. Ape boleh buat, dah rasa terganggu la tu. Hahaha. Whatever lah. Malas aku nak layan. Tau la makwe ko tu lawa, tapi agak la. Ingat dalam dunia ni ada sorang je yang lawa? Huh? BODOH! Aish, dah start la stress aku ni. Tadi duk chat ngan budak tu pun terketar ketar tangan nak menaip ni. Huh. Buat sakit hati je. Nasib baik aku ni jenis yang penyabar, bukan yang cepat hilang sabar, kalau tak aku dah call dah budak tu, maki maki. Eee... Astaghfirullah, tak mau aku. Mintak jauh la dari bergaduh sebab perempuan. Budak tu pun satu, aku pi sebar no dia kat fb kang baru tau...ade ke dia pi bagi no dia kat aku, dia ingat aku nak sangat no dia tu? -_-" . Hell lah! Hahaha. Lagi satu, gila gedik punya laki, haha, yang paling aku tak tahan, boleh dia mengaku terus terang tang tang, dia cakap perempuan tu sayang dia. Hahaha. Wallahuallam la, tapi biar sedar lah sikit, kome tu tak kawin lagi, ada batas batas nak saling sayang menyayangi. Sebab tu aku tak mau terlibat dalam proses bodoh ni. Hahaha. And lagi satu dia cakap budak perempuan tu baca apa yang aku tengah chat dengan dia. Hahaha. Bace lah, tak kesah pun, lagi bagus. At least, takyah dah aku susah susah nak kena cerita balik kat  budak perempuan tu kalau dia tahu. Lantak la. Let gone bygone, the future is coming. Ecehh...hahaha. Bukan ayat pasrah ea. Tu ayat tak nak amik kesah. 
Dah lah, esok aku dah start tuk English Language Support Programme (ELSP) plak. Belajar lebih baik dari bercinta. Lagipun awal lagi tuk aku. Enjoy da life la kan? Laki umur 30 pun still mantop lagi ! Hahaha. No need too rush, keep calm, the amazing adventure is waiting then! Hahaha. Time muda muda ni, kumpul duit dulu, biar ekonomi  stabil, enjoy da life, then, sampai masa baru kawin. Hehe. Bercinta? Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Bercinta dengan Allah dulu, lepas tu, Allah bagi la kat kita cinta yang sebenar." bukan cinta monyet! Hahaha. Eh, dah dah, terlebih sudah, gua chow dulu! Assalamualaikum! ^_^

Nah, sebahagian dari chat aku ngan budak ketagih cinta tu.  Hahaha.


Monday, January 28, 2013

Kek Cawan Coklat !!! ^.^

Ahh...just finished calling her...really, i'm miss her voice, although before we always met but we never talk to each other... huhu.. ni semua sebab misunderstood . Huhu. Tapi we just friend and insyaAllah, stay be friend forever. Lama gila aku borak ngan dia...kikiki, well, dah kata lama tak borak, so mesti lah banyak perkara nak share, even, masa mula mula aku call dia tadi, ada sound "krik-krik" kejap. Haha. Tak tahu nak cakap apa. Then, lama lama jadi neutral balik. Hoho.
Dia cakap ada masalah ngan kawan kawan, ye lah, sapa takde masalah, bak kata Madame Sharifah Zohra, lembu, kambing bahkan ikan jerung pun ada masalahkan? Hahaha. Sambung sambung, then dia cakap kawan kawan dia nak ajak duduk satu rumah nanti masuk sem3, nak duk jauh jauh dari rakan lain, tp dia taknak, takut lambat pegi kelas. Sebab geng yang tu slalu pi lambat. So dalam hati ni ingat nak cakap je, "apa kata kita kawin, so, kita duk skali" hehe.. sebab aku pun tak suka jugak pi lambat lambat even sebelom ni aku memang pi lambat, tapi tu pun atas alasan yang sama ngan dia la, kawan aku suka pi lambat. Hurm..sama ja nasib kami. Kang kawin sama sama kang senang sikit. Kuikuikui. Gatai naa. Hahaha. 

Uh, by the way, hari ni terlaksana lah pulak projek aku. Haha. Memang aku ni ada bakat besar jugak lah dalam bidang masakn ni. Nah, KEK CAWAN COKLAT!!! HAHAHA (gelak riak) HAHAHA. 



Boleh tahan la rasa dia...ni first time aku try buat and alhamdulillah, jadi. Kikiki.
Nak try buat sendiri? Nah , klik disini tuk resepi.



Ni plak aiskrim yang aku baru buat malam ni. Haha. Saje, dah kat rumah akak aku ni ramai budak...so buat jela setakat yang mampu malam ni. At least, aku pun boleh makan jugak. Hehe. Lama tak makan aiskrim macam ni, susah nak cari kat bandar ni. Dulu aku slalu jugak la makan aiskrim asam tu. Best. Feveret kot! Haha.

Ok lah, got to go. Assalamualaikum. ^_^

Friday, January 25, 2013

Oh ALSP

Alhamdulillah, selesai sudah program #ALSP ... tinggal seminggu ja lagi tuk program #ELSP plak. Penat. Ish...dah la tadi kena buat #KalamJamaie . Malu dowh...terbolas abis! ceitt!!!! Btw, budak budak yang dapat band 3 #MUET untung laa, dah xyah kena #ELSP dah. So, diorang dah bleh balik la malam ni. -_-"
And, and, and...disebabkan itu, aku telah ditinggalkan keseoranga. Dia telah pergi. Huhu. Maka berlagu la lagu terbaru SALEEM tu...ntah tajuk apa tah, malas ah nak google. Yang ada "jauh kau pergi meninggalkan diriku...lalala~~" x ingt. Muahaha. Ingat nak turun jumpa dia dulu kat bawah tadi, tapi sebab kuat sangat layan fb, tetiba dia mesej, "tak sempat dah, dah naik kereta dah". Adoi!!! Huhuhu...takpe laa...insyaAllah, sem depan kita jumpa lagi ye "sayang". Opsss!!! Huhu..aku tak pernah guna perkataan tu sebelum ni kat orang lain, harap itu kali pertama and terakhir la tuk yang bukan mahram aku. Huhu. Tapi aku tak penah pun guna word tu direct kat dia.. Hehe. Tak boleh, tunggu lepas kawen dulu.. Hoho. Takpa lah, dah masuk isya', got to go. Hope dia selamat sampai umah. =)

Nah, ni time pertandingan #KalamJamaie  tadi...

Thursday, January 24, 2013

DOODLES oh DOODLES

Hye!!! Assalamualaikum minnasann!!! :D こんばんわ!!!ツ

Hehe, lama tak design blog, so malam ni saja puas. Mengisi masa lapang sat. Hohoho, padahal esok ada persembahan kalam jama'ie (choral speaking in arabic) , bukannya nak menghafal ke hape. Hahaha. Lantak la, aku bukan excited sangat pun nak join mende alah tu. Masuk ni pun sebab terpaksa. Wakaka. 
So, berbalik kepada asal, bout my new design, amacam? Nampak macam serabut x? hahaha. Saje je, actually aku pilih background yang berserabut serabai ni pun sebab ia adalah "DOODLES" dan aku suka "DOODLES". Kakaka.
Bila aku tengok background tu, aku teringat kenangan kat sekolah, kat meja aku mesti penuh. Hehe. Aku memang. Suka naa conteng conteng ni. Sampai sekarang pun still lagi ngan habits ni. Hahaha. Tapi dah conteng kat buku nota laa...dah besau, sedar dah tanggungjawab sebagai pelajar. Baru nak sedar -__-" . Hohoho.






Lagi pun, sebelum ni ada orang cakap students yang suka buat mende alah ni time cikgu mengajar or time dengaq lecture LAGI BAGUS dari students yang bagi fokus 100% !!! Wohoho. Why? Tak silap aku sebab orang yang suka menconteng contang ni, dia takde la mengantuk sangat, so, even tak bagi perhatian dengan baik, gelombang bunyi tu still dapat terjah ke dalam pelosok lubang telinga kita. Haa..tapi, yang duk fokus tu, dia akan cepat bosan dan cepat mengantuk, so, terawang awang la mereka dalam mimpi mereka. Wakaka.. Tapi tak tahu la betul ke tak, wallahuallam. Aku dengar fakta sal ni pun dah lama dah, kalau salah harap maaf la yerk. Hehe.. :D

Friday, January 18, 2013

Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel

Hai hai hai... Assalamualaikum w.b.t. =)
Hah, kalau dah baca tajuk mesti dah boleh agak an apa entri hari ni. Hehehe. 
Actually aku nak share skit lah aktiviti aku sempena cuti sem 1 ni. Hewhewhew. 
Hari aku stay umah akak aku di Negeri 9. Disebabkan takde aktiviti yang menarik, yelah, budak U ni cuti time orang lain kerja. So, nak jalankan aktiviti bersama orang lain susah lah. Jadi terdetiklah idea tuk buat #PudingGulaHangus a.k.a #PudingKaramel ni. =D

Mesti korang pelik an, kenapa aku mesti mention kan #PudingGulaHangus "a.k.a" #PudingKaramel. Hehe. Ni sebab ada yang kenal puding ni sebagai #PudingGulaHangus and ada jugak yang panggil #Puding Karamel. So, bagi mengelakkan kekeliruan, aku tulis lah kedua duanya... Hehe...Mula-mula agak ragu jugak la nak buat, ye lah, first time. Kang tak jadi kang membazir lak. Huhu. Tapi dengan nekad, terbuat jugak la puding yang suwitt ni. Hehehe. 

Aku mulakan dengan buat karamel dia dulu, yakni gula hangus dia tuh. First try, jadi sikit sangat and cepat sangat keras, tak cukup air kot. Huhu. Then aku buat lagi, ingatkan step yang first tu salah, sebab nampak gula tu jadi berketul ketul. So kali kedua, aku biarkan gula tu panas, tak kacau pun, last-last hangit terus. Huaaa!!! Kali ketiga buat lagi, panaskan gula and tak kacau, sama je...HANGIT! huhu.. Hitam jadinya. ='( Agak fed up gak la. Disebabkan aku ni lelaki and dah tiba masa tuk solat Jumaat, tinggal lah dulu, sambung lepas Jumaat.

Balik je dari Jumaat, semangat terus berkobar kobar nak buat puding. Hehe. Dengan sedikit pesanan dan nasihat dari kakak aku, berjayalah jugak buat karamel tu tanpa hangus dan cukup kuantitinya.. Muehehehe. Lepas tu aku sambung je la buat puding pulak. Tadi karamel, ni puding pulak. Cara senang aku buat, campak je bahan-bahan ikut kuantiti dia lam blender then kisar. Hahaha. Lepas tu tapis masuk lam loyang yang dah diisi dengan karamel. =D

TADAAA !!!

Inginkan resepi??? Nah ;

Bahan-bahan :

8 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
7 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
7 sudu besar gula - untuk buat karamel

Cara-cara :

1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Kacau sehingga gula menjadi air dan keperangan. Then masukkan secawan air dan ratakan sehingga gula cair sebati dengan air. Lepas tu, sejukkan. Biarkan dia mengeras dalam loyang.
2. Masukkan telur, tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla kedalam satu bekas dan pukul sehingga sebati. ( bagi aku, senang blender je semua bahan tu, senang nak pastikan dia sebati. hehehe )
3. Tapis bahan-bahan yang dah sebati tadi masuk lam loyang yang ada karamel yang dah keras tadi. 
4. Kukus bahan dalam loyang tadi dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Tuk pastikan puding tu betul-betul masak, boleh cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat, alhamdulillah, dah masak lah tu. :D
5. Terbalikkan dan siap tuk dihidangkan. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu  didalam peti ais.

Senang bukan??? Hehehe.. Selamat mencuba! =D

p/s : anda boleh ubah kuantiti secara random, asal anda yakin dengan keputusan anda. :)




Kejap je puding aku ni habis. Petang buat, malam terus habis. Wakaka. Sedap sangat kowt. Hehehe.

Thursday, January 17, 2013

Miss Bawani Pencetus Kebangkitan Mahasiswa

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Wah, lama x update belog ni, dah berhabuk dah agaknya..hahaha...
Well, tetiba hari ni rasa macam terpanggil sikit lah tuk menaip dalam belog ni. Terasa nak meluahkan sekali pandangan sendiri dekat blog ni tentang isu yang tengah hangat di negara kita. Isu Miss Bawani and Madame  Sharifah Zohra Jabeen. 

Like Sikit ;)