Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Friday, March 11, 2011

Ujian, sebahagian cabaran hidup

Assalamualaikum ,
"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah." 
(HR. Al-Baihaqi)

Merenung hadis diatas pasti membuatkan kita semua teringat akan semua ujian yang pernah kita lalui bukan? Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua pernah dicemuh dan difitnah ataupun kita sendiri pernah mencemuh atau memfitnah individu lain. 
Sekiranya kita pernah mencemuh atau memfitnah individu lain, mohon lah maaf diatas apa yang telah kita lakukan keatas individu tersebut. Sesungguhnya maaf adalah penawar bagi dua kumpulan yang bergaduh. Namun, sekiranya kita menjadi mangsa fitnah atau cemuhan, maafkanlah mereka walaupun mereka tidak pernah memohon untuk dimaafkan.
Dizalimi, dikhianati bukanlah perkara biasa bagi kita semua walaupun menjadi mangsa oleh rakan rakan kita sendiri. Mungkin niat mereka hanyalah ingin bergurau namun mereka tidak pernah menyangka bahawa gurauan itu akan membuatkan mangsa mereka begitu terasa dengan tindakan mereka. 
 Ingatlah bahawa semua itu adalah ujian yang diberikan keatas kita sebagai hambaNya. Namun, kita seringkali mudah mengalah dengan dugaan yang susah sehingga kita lupa bahawa dugaan itu sebenarnya untuk menguji sekuat manakah iman kita. Bersabarlah & tabahlah menghadapi semua itu. Seperti yang dicatatkan dalam hadis diatas, orang yang sentiasa bersabar menghadapi ujian adalah tergolong dalam orang orang yang memperoleh hidayah. Sekiranya ujian itu begitu berat, adu lah padaNya, kerana hanya dialah sebaik baik tempat mengadu. Sentiasalah berdoa dan beristighfar kepadaNya.

Ingin ana ceritakan bahawa baru sekejap tadi ana menerima mesej dari seorang rakan ana. Kelihatannya dia begitu tertekan hanyalah kerana hidupnya menerima dugaan yang besar yakni fitnah dunia. Dia mengadu pada ana mengapa mesti ada sahaja yang sering melahirkan fitnah sehingga merosakkan persahabatannya dengan salah seorang sahabatnya. Dia begitu mengasihi sahabatnya, dan mungkin caranya yang salah sehingga ada yang mengatakan mereka mempunyai nilai kasih sayang lebih dari seorang rakan walaupun dari sesama jantina. Dia bertanya pada ana, "salahkah kita menyayangi kawan dengan sepenuh hati...just sebagai kawan je rasanya". Lalu ana membalasnya "sememangnya tidak salah, tetapi mengapa tidak kepada semua teman2 anta? dan adakah kasih anta itu kerana nafsu atau Allah?" . Kemudian dia memarahi ana, mungkin ana juga yang salah kerana tersilap tanggapan terhadapnya. "Jadi mengapa harus berbeza layanan anta kepadanya berbanding teman teman yang lain? Mengapa harus malu malu untuk berbicara dengannya dihadapan teman teman yang lain?", itu persoalan ana yang seterusnya kepada dia. Maka dia memberitahu bahawa mungkin ada yang iri hati terhadapnya lalu menaburkan fitnah tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perasaan iri hati juga menjadi faktor timbulnya fitnah. Itulah sebahagian dugaan. Oleh kerana ana juga masih kurang berpengalaman dalam masalah sebegini, ana menamatkan sahaja dengan menyarankan kepadanya supaya beristighar dan berdoa kepada yang Maha Esa. Hal ini kerana dia seolah olah sudah putus harapan untuk hidup. Ana harap dia masih diberi hidayah agar tabah menghadapi semua ini. 

Benarlah bahawa dosa fitnah itu labih besar daripada membunuh, betapa seksanya hidup dalam fitnah jika di bandingkan dengan sakitnya mati dibunuh.

Wallahu'allam.

p/s: Di sini ana sendiri ingin mengakui bahawa teman teman ana juga pernah menjadi mangsa atas kelancangan mulut ana sendiri. Oleh itu, diatas kesempatan ini juga ana ingin memohon maaf kepada yang pernah terasa terhadap ana. Sekiranya artikel ini mungkin bercanggah dengan pendapat pembaca sekalian dan ada yang tersilap, mohon ditegur kerana kita perlulah saling tegur menegur sesama Islam. Wallahu'allam.

1 comment:

nuraiyra said...

allah swt xkn mnguji kite dgn sesuatu y kite tdk mmpu hadapi nya.. sbb Allah swt itu Maha Mengetahui..
setiap dugaan y dtg pasti ada hikmahnya .. :)

Like Sikit ;)