Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Thursday, March 24, 2011

oH reSultku

"Hurmm...malasnyer nak bangun hari nie. Result SPM keluar pukul 11. Cikgu suruh kumpul kat dewan pukul 9 pagi lagi, coz nak bagi taklimat sal sambung belajar lepas SPM. Tapi budak-budak nie ramai yang nak pergi lewat sikit. Huh. Kalau la ana bleh pergi dgan kereta sendiri kan bagus. Tak payah tunggu orang lain.", bisik hati ana. "Eah, nak bawak kamera ke tak nak ea??? urm...", hatiku berbisik lagi, kamera tu hak milik abang ipar ana. Kalau bawak takut rosak plak, huhuhuhu. Tapi, kalau tak bawak tak syok ah. Tak leh nak amek gambar. So takleh msuk la gambar mase amik result nanti lam blog. Huhuhu. "Nak bawak ke tak nak??? hurmm...tak yah la, nanti copy pic yang cikgu amek la ".

Jam dah pukul 9 pagi dah. Mesti dah ramai yang berkumpul kat dewan, huhuhu. Ana? Hehehe. Still at da home. Tunggu Bob datang ambik. Dye ckap nak pergi kul 11. So, ana pon kena pergi pukul 11 jugak la. Nak wat camner, adat menumpang. Huhuhu. Kringggg!!! Telefon, telefon berbunyi...hahaha. iPhone di atas kerusi di capai. "Assalamualaikum Asyraf, dduk kat mana nie? Tengah drive ke? Cikgu dah mengamuk dah. Ramai lagi tak sampai. Cikgu nak start bagi taklimat dah nie ", terdengar suara salah seorang rakan ana yang memberitahu akan keadaan di sekolah. Ana serba salah. Kalau nak drive sendiri lesen tak siap lagi. Huh. Last2, dapat satu lagi panggilan. "Asyraf, kita pergi awal la sikit. Ramai dah kawan2 kita yang dah sampai kat sekolah", Bob memberi cadangan. Huh. Ok gak tu. Memang kalau boleh nak pergi awal, tapi dah Bob janji nak pergi lewat, ikut jela. Tapi sekarang, Bob da tukar time, huh, kalut la sikit...huhuhu~

Alamak ai...penuh nyer kereta. Huh. Bebudak sekolah pon ramai yang amek kesempatan ponteng kelas. Dok jenguk2 kat si abang2 ngan kakak dye. Huhuhu... Segan tol. Seperti biaser, sumer student laki memang suka lepak kat masjid. Ramai btol tadi. Baru je on da way nak pergi lepak skali, tibe2 cikgu dah panggil masuk dewan. Nak bagi taklimat. Dengar je la. Lpas abes taklimat, sume bleh makan dlu kjap(knapela x bagi jew trus result tu, bleh blik awl).

Buat kli kedua, cikgu panggil blik msuk dewan. Huh. Ucapan Ummi pengetua ngan guru2 pentadbiran. Lalala. Dah. (Hehehe....mlas nak bagitau mende yang cikgu bgtaw). Lpas tu cikgu umum student yang dpat straight A, 7 orang sume..

  • Muhammad Hadi 
  • Muhammad Zuhaidi Hilmi
  • Nur Hafizah
  • Maryam Saidah
  • Aina Mardhiah
  • Nur Atiyah
  • Faraha
Tapi kan, Hafizah tu spesel sikit, dye dpat 12. Terer ah. Salute!!! Tahniah yew sume. Tapi kan, result ana sendri macam mana? Huhuhu. Takowt. Lepas tu, cikgu pun lepas sumer student tuk dapatkan result masing- masing ikut kelas. Huh. "Zuhri mana, zuhri???" mata ku terus melilau mencari meja kelas Zuhri.

Lastly, jumpa gak. Tapikan...ramai orang la. Huh. Leceh betol. Ana pon ape lagi, serbu jela...Tepi, tepi...hahaha. Setelah berasak asak lam kumpulan pelajar, akhirnya ana berjaya gak. Kat situ ada cikgu Rosliha,cikgu add math ana. Hehehe. Malu la dengan dye. Takut tak lulus.

"Khairul Asyraf,cikgu", ana beritahu nama ana. Cikgu pun terus belek membelek slip2 result tu.

Akhirnya.... huhuhu...1,2,3...hehehe... Alhamdulillah..walaupun tak seberapa, tapi bersyukurr la. Semua kredit. Yang buat ana terkejutnye, BI dapat A...hahaha...taw kenapa terkejut??? Sebab slama idop ana, tak pernah pun ana dapat A lam subjek BI. Syukur2... And lagi satu, subjek Matematik Tambahan. Huh. Baru sekali dapat kredit sepanjang exam. Tapi kali ni dah dapat B... Memang syukur la... Terima kasih Ya Allah.

Usai jew solat zohor kat Masjid As-Syakirin,SMKAWa , ana terus cari kereta kawan ana. Alamak, da takde la. Alamatnyer kene tinggal la. Huhuhu... Macam mana nak balik??? Tolong!!! Hua!!! "Hafizi, macam mana ana nak balik, dyorang da tinggalkan ana",huhu, ana mengadu pada kawan ana yang laen.

"Tumpang Hazrul ah", dye bagi cadangan.

"Takpe kew? Rumah dye kan jauh dari rumah ana".

"Takpew, sampai kat bandar jew".

"Umm, suh hantar sampai rumah ana terus lah. Boleh kenal rumah ana, hehehe". Lebih2 pulak kan? hahhaa~

Akhirnya kereta Gen-2 yang dipandu oleh teman ana, Hazrul menyusul di perkarangan rumah ana. Hehehe. Thanks ya my friends.

.:: My classmates, 5 Ibnu Zuhri ::.

~My Friend, Hafizi (he got 6A)~

. : 5 Ibnu Zuhri's SpM candidates for 2010 : .
To all my teachers, friends, and my school, thanks for help me till I got this struggle. Although not so strong as 11As... 

No comments:

Like Sikit ;)