sebelum ini ada yang mengejek ana dengan panggilan ustaz ana anta, hanya kerana ana menggunakan perkataan ana secara drastik, mereka mungkin x dapat membiasakan, tapi ana x kisah, cuma jangan la sampai memberikan gelaran sebegitu dengan tujuan mengejak . hal ini kerana mungkin hanya akan melemahkan semangat seseorang yang cuba berubah . sering kita lihat ramai kawan kawan amat suka mengejek teman teman mereka yang cuba berubah ke arah kebaikan . biar lah mereka berubah . janganlah kita menjadi faktor teman teman kita membatalkan hasrat untuk berubah ke arah kebaikan . namun, sekiranya terdapat teman teman kita yang ingin berubah kepada perkara perkara negatif, itulah yang harus kita cuba halang, bukannya sokong . kerana, terdapat juga segelintir masyarakat yang suka menyokong individu yang ingin berubah kepada perkara perkara negatif .
ramai masyarakat sering menyalah tafsir akan perkataan perkataan arab, apabila seseorang menggunakan perkataan arab dalam percakapannya walaupun hanya ana, seseorang itu pasti dianggap sebagai seorang orang agama . lalu individu tersebut pasti diberi gelaran ustaz, dengan tujuan mengejek . namun, perkara sebegini biasanya dilakukan oleh masyarakat yang kurang pendidikan bagi ana. mereka sering berfikiran sempit tentang agama sehingga x membezakan agama Islam & bahasa arab. walaupun ana berkata begitu, ana juga masih jahil & masih memerlukan pengetahuan yang lebih luas untuk membicarakan soal sebegini .
oleh itu, ana harap semua orang dapat menerima niat baik ana dan saudara saudara kita yang lain yang cuba berubah kearah kebaikan. jangan lah pula mengejek sehingga melemahkan semangat mereka.
wa'alahu'alam.
No comments:
Post a Comment