"Hurm...kalau la kamu tak main facebook, mesti dapat result tinggi. Kalau la kamu rajin belajar mesti result kamu tinggi lagi." tu kata2 family.
"Hurm...kalau la kamu bleh A sejarah, mesti dapat 7A. Kalau la pendidikan syariah islamiah dapat A, mesti dapat 8A pulak." tu kata2 kawan2.
"Hurm...kalau la ana x tinggal kosong jew soklan BA tu, mesti dah dapat A dah. Tambah lagi satu A", tu kata2 diri sendiri.
Tapi, tu semua dah berlaku dah. Tak boleh diperbaiki dah. Hakikatnya, perkataan "kalau" itu sudah tidak boleh merubah semua yang sudah berlaku. Memang. Usahlah menggunakan perkataan "kalau" kerana perkataan itu menunjukkan bahawa kita tidak boleh menerima takdir yang ditentukan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment