Hari ini semua bekas calon SPM 2010 pasti sedang sibuk bercampur perasaan berdebar untuk membuat semakan untuk ke IPTA . Begitu juga ana . Pada mulanya memang sangat excited , kerana ia bakal menentukan masa depan ana . Tepat jam 12.04 tengah hari ana mula membuat semakan , kerana semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari pada hari ini .
No kad pengenalan ana diisi . Kemudian , jawapannya hanya begini .
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA LEPASAN SPM / SETARAF SESI AKADEMIK 2011 / 2012
NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 93112911****
NAMA : TUAN KHAIRUL ASYRAF BIN TUAN MAT______________________________________________________________
Dukacita dimaklumkan bahawa anda
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012.
Rayuan adalah melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai mulai 06 Mei 2011 jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Mei 2011.
Aplikasi e-Rayuan : https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/rayuan.html
Harap Maklum
TERKILAN
Memang terdetik rasa terkilan dihati ini . Harapan yang diimpikan tidak dapat digapai . Namun , ana tahu bahawa disebalik kejadian pasti ada hikmahnya . Harapan ana untuk mengambil tempat sebagai salah seorang pelajar asasi nampaknya hanyalah tinggal harapan . Tetapi ana tetap cuba untuk membuat rayuan . Terasa bagai begitu terdesak sekali sehinggakan mesej yang berkunjung bertanyakan tentang keputusan ini tidak dilayan . Mungkin ana masih memerlukan masa . Memang dahulu tidak layak untuk menjadi pelajar tingkatan 6 mungkin ana tidak kisah kerana sedikit memandang rendah akan pelajaran di tingkatan 6 . Namun , apabila tidak layak untuk kemasukan ke IPTA menerbitkan sedikit rasa malu dikalangan kawan2 yang mendapat tempat di IPTA .
Seperkara lagi , semalam , telah diumumkan tentang pembekuan program perubatan di Malaysia . Dugaan lagi . Memang . Minat ana juga bagai telah dibekukan . Cita cita untuk menjadi seorang doktor , yang juga menjadi harapan keluarga ana bagai dibekukan . Namun , ana akan tetap cairkan harapan tersebut . Walaupun bukan di Malaysia , masih terdapat negara lain yang membuka jalan untuk bakal bakal doktor . Insyaallah . Doakan kejayaan ana .
MEMANDANG POSITIF
Seperti yang pernah ana katakan , disetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya . Sekarang ana hanya mempunyai satu sahaja tawaran peluang pendidikan , iaitu matrikulasi . Mungkin Allah tidak mahu melibatkan ana dalam dilema untuk membuat pilihan samada untuk memilih program Asasi atau Matrikulasi . Mungkin juga kerana ana belum bersedia untuk menjadi pelajar Asasi berdasarkan kos yang ana pilih . Oleh itu ana redha . Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan . Walaupun tidak mendapat tempat di IPTA , insyaallah , Allah telah menentukan kejayaan ana di Matrikulasi . Ana tahu , Allah tidak mahu ana terlalu leka dan berasa terlalu gembira apabila mendapat tempat di IPTA . Insyaallah , ana akan berusaha untuk menempa kejayaan walaupun bukan di IPTA buat masa ini . Ana juga yakin , untuk program Ijazah nanti , ana akan mendapat tempat di IPTA yang ana inginkan . Insyaallah .
Kejayaan bukan terletak pada dimana tempat kita belajar , tetapi ia terletak pada dimana semangat kita untuk mencorakkan masa depan kita sendiri . Redha pada ketentuan-Nya membawa kepada lebih banyak kejayaan . Sesungguhnya , Dia lah yang Maha Menentukan dan setiap yang ditentukannya pasti ada hikmah nya .
Waallahuallam .
No comments:
Post a Comment