Jom Tekan Menda Niey !!!

Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ini . Sila la baca entry entry yang ada . Kalau suka 'like' aje la . Dan , jangan lupa komen .Be my follower . Terima kasih . :P

sahabat bloggiey :)

Wednesday, May 4, 2011

Ada Apa pada TEMBIKAI ???

Wahhh . Lame la tak update blog . Ntah la kenapa . Maybe jari nie malas nak bergerak siket . Hahaha . Oklah , malas nak bebel manyak2 . Straight to da point je . Oleh sebab hari ni ana uat jus tembikai . Ana nak share lah sket sal khasiat tembikai ni . Skali sekala , nak gak ngomong sal kesihatan an ? Kalau taw makan je , x best gak . Teringin gak nak taw kebaikan ye . Keburukan ?! Ntah la . Tak search kat google tadi . Nak share yang baek2 je . Hehehe .

TENTANG TEMBIKAI
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgarisbermakna biasa).
Tembikai (Citullus lunatus) adalah sejenis buah tropika tergolong dalam keluarga yang sama dengan labu, petola, timu dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropikal di Benua Afrika dan kemudian diperkenalkan ke kawasan Mediteranean dan Asia. Antara Negara-negara pengeluar tembikai yang utama ialah Turki, Amerika Syarikat, China dan Rusia. Penanaman tembikai telah dimulakan di negeri Kelantan pada tahun 40-an dan mula berkembang jenis kacukan daripada Taiwan dan Jepun.

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

KHASIAT
1.Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

2.Tembikai sebagai viagra semula jadi .Belahan tembikai yang merah menyala,bukan hanya meransang selera tetapi turut meransang ghairah suami isteri.
Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek persis viagra.Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah.


Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu meransang arginine didalam tubuh.Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi.


sumber kat google . :P

No comments:

Like Sikit ;)