"Bagaimana anda maintain perasaan cinta anda kepada orang yang anda cintai? Sebab saya asyik tak kekal mencintai seseorang. Wujud perasaan cinta, kemudian tidak lama lepas itu, hilang."
Menarik bukan??? Aku rasa, ramai y mempunyai masalah y sama mcam individu y bertanya Hilal Asyraf ni. Tersebut adalah jawapan y di berikan oleh Hilal Asyraf y aku kira, dye menjawabnye dgan tenang skali. Jom bace.
Hendak maintain perasaan cinta ini,
pada saya kenalah ada reason yang kuat, mengapa kita mencintai si dia.
Kalau sekadar sebab dia lawa,
nanti bila kita terjumpa yang lebih lawa,
atau bila kita terfikir: "Kalau ada yang lebih lawa?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.
Kalau sekadar kerana dia berharta,
nanti bilia kita berjumpa yang lebih berharta,
atau bila kita terfikir: "Kalau nanti terjumpa yang lebih berharta?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.
Cintalah seseorang itu kerana dia adalah dia.
Mungkin asasnya kita cari yang beragama,
yang wajahnya menyenangkan,
yang punya harta,
dan dari keturunan yang baik.
Namun bila sudah memilih untuk mencintai,
maka letaklah satu 'pemberat' yang membuatkan dia lebih istimewa daripada yang lain, yang wujud di atas muka bumi ini.
----------------------------------------------------
Pemberat saya kepada perempuan yang saya cintai adalah:
"Sebab dia sederhana. Sederhana dia itu pula just nice."
So, lebih sederhana dari sederhana dia ni saya tak berapa berkenan.
Kurang sederhana dari sederhana dia ini pun saya tak berapa berkenan.
Sederhana perempuan yang saya cintai itu macam kadar oksigen untuk bumi ini. 21% yang just nice untuk Bumi dan kehidupannya. Lebih 1% bumi terbakar. Kurang 1% bumi dan kehidupannya tidak akan dapat hidup.(apa saya merepek ni? huhu)
So, saya kekal mengingatkan diri saya akan perkara ini, membuatkan saya kekal mencintainya. Tidak memandang kepada yang lain, walau mungkin ada yang 'lebih' segala bagai dari perempuan yang saya cintai. Sebab saya tidak perlukan 'lebih' atau 'kurang'. Saya perlukan 'just nice'. Macam itulah. ^^
Hinggalah nanti kalau Allah izin - saya minta jauh - perasaan itu hilang.
Sebab itu, selepas bertunang dengan dia, saya sentiasa berdoa untuk perasaan ini kekal, dan mohon agar kami ini disatukan.
Kerana di tangan Allah SWT jugalah perasaan ini berjalan.
^^
Amacam??? Tenang tak bace jawapan Hilal Asyraf??? Terbaik kan.. So, harapnye semoga da takde la masalah dalam hal2 y macam ni lagi. Ingat, letakkan pemberat y mmbuatkan si dia lebih istimewa dripda y lain. Semoga anda seronok membacanya. ^_^.
p/s: Anda boleh ikuti perkembngn Hilal Asyraf di laman mukabuku beliau, klik Hilal Asyraf(Official)
No comments:
Post a Comment