Assalamualaikum,
Semalam da kecoh pasal BERSIH 3.0 . Aku dengar brita pun, 20 mnit, sume pasal BERSIH je. Kalau sume brite tu benar x pe la gak an, tp klau ade unsur berat sebelah tu, wallahuallam la.Actually ak x taw ape pun sal BERSIH ni, n ak rase ak x nak amek taw lagi la sal mende ni coz ak x rase cam x sesuai lg nk pikir politik. Tunggu 2 thun lg la. Ape y aku taw, BERSIH ni dibuat bcoz knonnye ade unsur penipuan lam PR. Btol ke? Ak x mboh buat fitnah, kang besau dose ak dapat x pasal2.
Bek la, kat sini ak nak kongsi pendapat Hilal Asyraf, penulis buku, ala...macam la korang x kenal..xpe la, bace la kalo x kenal pun. Pendapat die mmg patut dibaca. Panjang sikit, mintak luangkan la mase sket ea...
Selamat membaca ^^,
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.
Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So,
adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk
sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya
setelah membaca dan menonton pelbagai sources.
Apa yang saya
lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada
detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya
kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala,
termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa
BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada
pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.
Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap.
Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik,
bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra
juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada
peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada
riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan
kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk
ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00
petang itu.
Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0
melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika
itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun
lepas."
Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.
Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya
tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0
bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media
nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.
Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada
sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir
pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka
mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit
meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan
orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran.
Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.
Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu
peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan
di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang
berlaku:
1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang
panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH
secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi
jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin,
yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang
BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa
dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh
menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya
malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH
yang buat.
2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka
ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang
Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang
gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas
menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat
barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan
saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas
menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar
bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan
mengekori.
3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman
untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan
kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi,
diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika
inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka
huru-hara pun bermulalah.
4 - Kita perlu memahami realiti
bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke
Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada
di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang
berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil,
polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu
pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang
ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis,
rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta
BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul
dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah
ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang
melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya
Mass Effect.
5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah
mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu
langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah
hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang
dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan
kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu,
terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia
berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta
BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu.
Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta
polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa
itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang
menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa
pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.
6 - Jadi, apakah
BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku
setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara
rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman
dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini
dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih
mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar
bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka
yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang
lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.
7 - Pendapat saya,
sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka
bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam
yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun,
bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu
awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga
akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara
ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula
menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu
PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan
memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.
8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata
dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi
bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa
kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta
BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade
itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat
mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan
di negara lain.
Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur
air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa
yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap,
dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian
seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan
diperlakukan dengan kasar.
Lebih menyedihkan hati saya,
adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan
komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada
buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis
tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi
bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?
Dan yang
menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka
menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak
ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."
9 - Media-media
utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik
gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan
sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk
video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang
diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH
dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis
memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis
yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik
dimainkan dengan penuh efisyen!
Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:
Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di
akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata
contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan
mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena
water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di
tangan untuk mudahkan larian.
Saya lihat, kalau kita pandang
BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak
bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.
Dan huru-hara
ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak
Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari
Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak
patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya.
Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon
dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.
Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat anda pula bagaimana???
Terima kasih sbb sudi mmbaca. (^,^)
No comments:
Post a Comment